Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan pendengaran
dengan mengikuti garis panduan keselamatan berikut.
1. Sebelum menggunakan produk ini, ikutilah langkah-
langkah ini
- sebelum memakai set kepala, alihkan kawalan kelantangan ke
tahapnya yang paling rendah,
- pakai set kepala, dan kemudian
- secara perlahan-lahan laraskan kawalan kelantangan ke tahap
yang selesa .
2. Semasa menggunakan produk ini
- kekalkan kelantangan pada tahap yang serendah mungkin,
dan elakkan penggunaan set kepala dalam persekitaran yang
bising di mana anda mungkin cenderung untuk meninggikan
kelantangan;
- Jika peningkatan kelantangan diperlukan, laraskan kawalan
kelantangan secara perlahan-lahan;
- Jika anda mengalami ketidakselesaan atau dengungan di
dalam telinga anda, segera hentikan penggunaan set kepala
dan mintalah nasihat doktor .
dengan penggunaan berterusan pada kelantangan tinggi, telinga
anda mungkin menjadi biasa dengan tahap bunyi tersebut, yang
mungkin mengakibatkan kerosakan kekal kepada pendengaran
anda tanpa sebarang ketidakselesaan yang ketara .
maKLumaT KeseLamaTan!
- penggunaan set kepala akan mengganggu keupayaan anda
untuk mendengar bunyi-bunyian lain . berhati-hatilah ketika
menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang
aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya .
- Jika anda menggunakan perentak jantung atau mana-mana
peranti perubatan yang lain, anda haruslah meminta nasihat
doktor anda sebelum menggunakan peranti ini .
- bungkusan ini mengandungi bahagian-bahagian kecil yang
mungkin berbahaya kepada kanak-kanak dan hendaklah dijauhi
daripada kanak-kanak . beg itu sendiri atau bahagian-bahagian
kecil yang terkandung di dalamnya mungkin menyebabkan
tercekik jika ditelan .
Jabra HaLO
12