IKEA GRILLSKÄR Manual De Instrucciones página 102

Ocultar thumbs Ver también para GRILLSKÄR:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 34
Keselamatan Makanan
Sila baca dan patuhi nasihat ini apabila memasak
barbeku anda:
Sentiasa cuci tangan anda sebelum dan selepas
mengendalikan daging mentah dan sebelum
makan.
Sentiasa letakkan daging mentah jauh daripada
daging masak dan makanan lain.
Sebelum memasak, pastikan permukaan gril
barbeku serta peralatannya bersih dan bebas
daripada sisa makanan lama.
Jangan gunakan peralatan yang sama untuk
mengendalikan makanan yang telah dimasak
dan belum dimasak.
Pastikan semua daging dimasak sepenuhnya
sebelum menikmatinya.
Untuk mengelakkan risiko daging tidak masak
sepenuhnya, belah daging untuk memastikan
bahagian dalamnya masak.
Masakan awal untuk daging yang lebih besar
disyorkan sebelum anda memasaknya di atas
barbeku.
Selepas memasak di atas barbeku anda,
sentiasa bersihkan permukaan gril memasak
dan peralatan.
Penjagaan, Penyenggaraan dan Storan
Bersihkan barbeku anda dengan kerap di
antara penggunaan dan terutamanya selepas
disimpan lama.
Pastikan barbeku dan komponennya cukup
sejuk sebelum dibersihkan.
Jangan sesekali menyimbah barbeku dengan
air apabila permukaannya panas.
Jangan sesekali mengendalikan bahagian yang
panas dengan tangan yang tidak beralas.
Jangan biarkan barbeku anda terdedah
apabila tidak digunakan. Simpan barbeku
anda di dalam bangsal atau garaj apabila tidak
digunakan untuk mengelakkan kesan cuaca,
terutamanya jika anda tinggal berdekatan
kawasan pantai.
Pendedahan berterusan kepada cahaya
matahari, air, udara laut/air laut boleh
menyebabkan kerosakan kepada barbeku
anda. (Penutup mungkin tidak cukup untuk
melindungi barbeku anda dalam sesetengah
situasi ini.)
102
Bagi memanjangkan hayat dan mengekalkan
keadaan barbeku anda, kami mengesyorkan
anda menutupnya dengan sarung apabila
dibiarkan di luar bangunan, tanpa mengira
berapa lama ia berada di luar, terutamanya
ketika bulan musim sejuk.
Sebelum barbeku disimpan, pastikan semua
baki abu atau arang dibersihkan.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido