Bahasa Malaysia - IKEA SEGLARÖ Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para SEGLARÖ:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 14
BAHASA MALAYSIA
PENTING:
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK
RUJUKAN DI MASA HADAPAN
CATATAN KESELAMATAN
PENTING! Sentiasa tutup/letak payung
di bawah apabila tidak digunakan.
Jangan guna atau pasang payung
semasa angin kencang, hujan, ribut
petir atau jika salji turun. Dalam
keadaan cuaca sebegini, kami
cadangkan payung dilipat ke bawah atau
dirungkas. Rungkas dengan mengikuti
langkah penyediaan secara terbalik.
PENTING! Payung mesti dikukuhkan
pada tempatnya di atas tanah dengan
dasar payung SVARTO, yang dijual
berasingan, atau dengan 4 papak
konkrit, simen atau bahan yang serupa.
Ukuran minimum papak mestilah 50x50
cm (kira-kira 20x20") dan jumlah berat
minimum 90 kg (110 lb). Papak tidak
disertakan tetapi boleh didapati di stor
DIY. Pastikan tanah rata dan padat.
Agihkan papak di sekeliling penyokong
silang seperti yang ditunjukkan di dalam
ilustrasi arahan pemasangan.
Pasang payung dengan mengikuti
arahan pemasangan secara teliti.
Jangan pasang payung di atas tanah
yang berpasir, berlumpur atau peroi.
Jauhkan kanak-kanak dan haiwan
peliharaan semasa memasang payung.
Kanak-kanak seharusnya dijaga semasa
berada di sekitar payung.
Payung ini untuk kegunaan di luar
sahaja.
Jangan nyalakan sebarang api di bawah
atau berhampiran payung ini.
Produk ini telah diuji untuk kegunaan
domestik saja.
Payung ini khusus digunakan sebagai
peneduh dan bukan sebagai pelindung
angin.
Segera pegang jika pengendalian engkol
atau pemegang menjadi berat. pastikan
yang anda memusing engkol atau
pemegang pada arah yang betul. Jika
payung anda mempunyai engkol, sentiasa
pastikan payung dibuka mengikut arah jam,
jangan sekali-kali membukanya dengan
memusing pemegang engkol lawan arah
jam.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk mencuci fabrik, lipat payung ke
bawah dan kesat dengan kain lembut yang
dilembapkan di dalam air. Untuk kawasan
yang sangat kotor, sental dengan span yang
direndam di dalam bahan cuci lembut dan
bilas dengan air sejuk.
Jangan guna bahan cuci berasaskan larutan
kerana ini boleh melunturkan bahan dan
merosakkan fabrik. Juga, jangan guna
sebarang alkali atau bahan cuci berasid atau
bagas wap untuk membersihkan payung.
Untuk membersihkan rangka payung, kesat
dengan air sabun yang lembut. Produk
plastik atau logam tidak disyorkan dicuci
dengan pembersih yang lebih kuat atau
bahan pelepas kerana ia mungkin berubah
warna atau merosakkan permukaan.
Pembaikan: Rangka payung dicat dengan
salutan serbuk cat plastik. Seandainya atas
sebab-sebab tertentu salutan tertanggal,
rangka payung tidak dilindungi dan boleh
mengakibatkanya karat. Untuk memperbaiki
kerosakan, kesat sehingga bersih dan
cat semula untuk mengembalikan
perlindungannya.
PENSTORAN
Kami cadangkan agar payung ditutup
apabila tidak digunakan dan letakkan sarung
kalis air di atasnya. Sebelum meletakkan
sarung di atasnya, pastikan yang payung
anda benar-benar kering dan bersih.
Semasa di luar musim, simpan payung yang
ditutup di tempat yang dingin dan kering di
dalam rumah.
PELUPUSAN
Jika anda ingin melupuskan payung, jangan
buangkannya ke dalam tong sampah.
Bawanya ke pusat kitar semula. Bahan kitar
semula dan lain-lain bahan boleh dilupuskan
secara selamat di sana. Sila bertanya
kepada gedung IKEA setempat anda atau
pihak berkuasa tempatan anda di mana
lokasi pengitaran semula di kawasan anda.
Lupuskan bahan pembungkusan di dalam
tong pengumpulan yang disediakan.
37

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Svartö

Tabla de contenido