DJI RSC 2 Panduan Mula Pantas
Operasi
Operasi Skrin
Tekan dail sisi untuk memasuki menu, putar dail sisi untuk menatal pilihan dan tekan sahkan
untuk memilih. Tekan butang kembali untuk kembali ke menu sebelumnya.
Fungsi Butang
Butang Kuasa
Tekan dan tahan untuk hidupkan
atau matikan.
Ketik atau tekan dua kali untuk
masuk atau keluar mod tidur.
Butang Kawalan Kamera*
Tekan separuh untuk fokus
automatik.
Tekan sekali untuk memulakan
atau menghentikan rakaman.
Tekan dan tahan untuk
mengambil gambar.
Pencetus
Ketik sekali untuk memulakan ActiveTrack (memerlukan Sistem Transmisi
Gambar Ronin RavenEye didayakan).
Tekan dan tahan untuk masuk ke mod Kunci.
Ketik dua kali untuk memusatkan semula gimbal.
Ketik tiga kali untuk menukar gimbal kepada 180° supaya kamera menghadap
anda (mod swafoto).
Butang M
Ketik untuk memilih profil pengguna.
Tekan dan tahan untuk masuk ke mod Sukan.
Tekan dan tahan dan tekan pencetus dua kali untuk kekal dalam mod Sukan.
Ulang untuk keluar dari mod Sukan.
Ketik dua kali dengan pantas untuk masuk ke mod potret.
Tekan tiga kali untuk masuk atau keluar dari 3D Putaran 360. Semasa dalam
3D Putaran 360, gerakkan kayu ria ke kiri atau kanan dua kali untuk memutar
kamera secara automatik. Ketik pencetus dua kali untuk menghentikan putaran
automatik berterusan.
Tekan dan tahan butang M bersama-sama dengan pencetus utuk memulakan
penyesuaian automatik.
* Kabel kawalan kamera mesti disambungkan untuk menggunakan fungsi butang kawalan kamera dan
dail hadapan. Sila ambil perhatian bahawa fungsi ini akan berbeza mengikut kamera. Rujuk Senarai
Keserasian Kamera DJI RSC 2 di www.dji.com/rsc-2 untuk maklumat lanjut.
©
40
2020 DJI OSMO Hak Cipta Terpelihara.
Kayu ria
Tekan ke atas atau ke bawah
untuk mengawal pergerakan
paksi kecondongan dan
ke kiri atau ke kanan untuk
mengawal pergerakan paksi
pan (tetapan lalai).
Dail Hadapan*
Tukar ke fokus kawalan
(tetapan lalai).