Philips FC8148 Manual De Instrucciones página 37

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 12
amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag atau perkakas itu sendiri adalah rosak.
-
Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
-
Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain ke arah mata atau telinga, mahupun
memasukkannya ke dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum
dan pembersih vakum ini telah dihidupkan.
-
Jangan gunakan perkakas ini dan berus turbo mini pada haiwan peliharaan.
-
Keluarkan plag daripada soket dinding sebelum membersih atau menyenggarakan perkakas.
awas
-
Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos
menjadi tersekat.
-
Apabila anda menggunakan pembersih vakum ini untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk
simen dan bahan yang serupa, liang penuras bekas habuk dan penuras perlindungan motor
menjadi tersumbat. Jika anda terasa pengurangan yang ketara dalam kuasa sedutan, bersihkan
penuras bekas habuk dan penuras perlindungan motor.
-
Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali sebelum anda mengosongkan bekas habuk,
membersihkan penuras dan memasang atau menanggalkan pemasangan aksesori.
-
Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh
merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas.
-
Hanya gunakan kon penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
hos
1
Untuk menyambungkan hos, tekan ia ke dalam perkakas ('klik') (Gamb. 2).
2
Untuk menanggalkan hos, tekan butang pelepas (1) dan tarik penyambung hos keluar daripada
bukaan sambungan hos (2). (Gamb. 3)
tiub teleskop
1
Untuk menyambungkan tiub kepada gegenggam tangan pada hos, masukkan bahagian yang
sempit ke dalam bahagian yang lebih lebar sambil memusingkannya sedikit (Gamb. 4).
-
Untuk menanggalkan tiub, tarik sambil memusingkannya sedikit.
2
Laraskan panjang tiub teleskop kepada yang anda rasa paling selesa semasa memvakum. Tekan
gelangsar pada tiub dan tolak bahagian bawah tiub ke bawah atau tarik ia ke atas (Gamb. 5).
Bahasa MElayu
37

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Fc8140

Tabla de contenido