Briggs & Stratton 073052-00 WP2RS Manual De Instrucciones página 68

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 20
Isi Kandungan
Arahan Keselamatan Penting . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4
Penerangan Peralatan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
Ciri-ciri & Kawalan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
Pemasangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
Operasi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7
Penyelenggaraan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
Simpanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9
Penyelesaian Masalah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
Spesifikasi-spesifikasi Produk . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
Jaminan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11
Arahan Keselamatan Penting
SIMPAN ARAHAN INI - Buku panduan ini
mengandungi arahan-arahan penting yang perlu diikuti
semasa operasi mengepam air.
Simbol-simbol Keselamatan dan Kawalan
Simbol amaran keselamatan ini menunjukkan potensi
bahaya kecederaan diri. Simbol keselamatan boleh
digunakan untuk mewakili jenis bahaya. AMARAN
menunjukkan bahaya yang, jika tidak dielakkan,
boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan
serius. PERHATIAN menunjukkan bahaya yang, jika
tidak dielakkan, boleh mengakibatkan kematian atau
kecederaan sederhana. NOTIS mengemukakan amalan-
amalan yang tidak berkaitan dengan kecederaan diri.
Simbol Amaran
Buku panduan
Arahan
Keselamatan
Letupan
Kebakaran
Tendangan
Permukaan
balik
Licin
Aras Minyak
Minyak
Buka
Tutup
Sesak nafas
Sesak nafas
4
Wasap Toksik
Permukaan
Panas
Bahan Api
Bahagian
Bergerak
!
Jangan
Kawalan Enjin
Hidupkan Enjin
Perlahan
Laju
Mengoperasikan
Pencekik
AMARAN Bahan api dan wapnya yang sangat
mudah terbakar dan meletup boleh
menyebabkan luka terbakar, kebakaran
atau letupan yang mengakibatkan
kematian atau kecederaan serius.
APABILA MENAMBAH ATAU MENYALIRKAN BAHAN API
• TUTUP pam air dan biarkan ia sejuk sekurang-
kurangnya 2 minit sebelum membuka penutup bahan api.
Longgarkan penutup perlahan-lahan untuk melegakan
tekanan dalam tangki.
• Isi atau salir tangki bahan api di luar.
• JANGAN terlebih isi tangki. Berikan ruang untuk
pengembangan bahan api.
• Jika bahan api tertumpah, tunggu sehingga ia menyejat
sebelum menghidupkan enjin.
• Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan
terbuka, api pandu, haba dan sumber penyalaan lain.
• JANGAN menyalakan rokok atau merokok.
APABILA MENGHIDUPKAN PERALATAN
• JANGAN menghidupkan selagi palam pencucuh, mufler,
penutup bahan api, dan pembersih udara berada di
tempat yang betul.
• JANGAN mengengkol enjin apabila palam pencucuh
dikeluarkan.
APABILA MENGOPERASIKAN PERALATAN
• JANGAN mengepam cecair mudah terbakar, seperti
bahan api atau minyak bahan api.
• Pam air ini bukan untuk kegunaan dalam peralatan
mudah alih atau penggunaan marin.
• JANGAN mencondongkan enjin atau peralatan pada
sudut yang menyebabkan bahan api tertumpah.
• Tetapkan pam air. Muatan dari hos boleh
menyebabkannya tersadung.
• JANGAN hentikan enjin dengan mengeluarkan kawalan
pencekik ke kedudukan PENCEKIK (
BILA MENGANGKUT ATAU MEMBAIKI PERALATAN
• Mengangkut/membaiki dengan tangki bahan api
KOSONG atau dengan injap penutup bahan api TUTUP.
• Cabut wayar palam pencucuh.
APABILA MENYIMPAN BAHAN API ATAU PERALATAN
DENGAN BAHAN API DALAM TANGKI
• Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air, pengering
pakaian, atau perkakasan lain yang mempunyai api
pandu atau sumber pencucuhan lain sebab ia boleh
mencucuh wap bahan api.
AMARAN Haba/gas ekzos boleh menyalakan bahan
mudah terbakar, struktur atau merosakan
tangki bahan api yang menyebabkan
kebakaran, yang mengakibatkan kematian
atau kecederaan serius. Bersentuhan
dengan kawasan mufler boleh menyebabkan lecuran yang
mengakibatkan kecederaan serius.
• Jangan sentuh bahagian-bahagian panas dan ELAKKAN
gas ekzos yang panas.
• Biarkan peralatan sejuk sebelum menyentuh.
• Pastikan terdapat jarak sekurang-kurangnya 1.5 m
(5 kaki) dari semua sisi air pam termasuk overhed.
BRIGGSandSTRATTON.COM
).

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

073051-00 wp3rs

Tabla de contenido