AMARAN BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin
mengandungi karbon monoksida, gas beracun yang
boleh membunuh anda dalam beberapa minit. Anda
TIDAK BOLEH melihatnya, menghidunya, atau
merasainya. Walaupun anda tidak terhidu bau asap
ekzos, anda masih boleh terdedah kepada gas karbon
monoksida. Jika anda mula berasa sakit, pening atau lemah
semasa menggunakan produk ini, matikannya dan dapatkan
udara segar SERTA-MERTA. Pergi berjumpa doktor. Anda
mungkin mengalami keracunan karbon monoksida.
• HANYA mengoperasikan produk ini di kawasan luar
yang jauh dari tingkap, pintu dan ruang udara untuk
mengurangkan risiko gas karbon monoksida dari terkumpul
dan berpotensi tertarik ke arah ruang yang diduduki.
• Pasang penggera karbon monoksida menggunakan bateri
atau penggera karbon monoksida dengan sokongan bateri
mengikut arahan pengeluar. Penggera asap tidak dapat
mengesan gas karbon monoksida.
• JANGAN mengoperasikan produk ini di dalam rumah, garaj,
di bilik bawah tanah, ruangan merangkak, bangsal, atau
lain-lain kawasan separa tertutup walaupun menggunakan
kipas atau pintu dan tingkap dibuka untuk pengudaraan.
Karbon monoksida dengan cepat boleh berkumpul dalam
ruang ini dan boleh berlegar selama berjam-jam, walaupun
selepas produk tersebut telah dimatikan.
• SENTIASA letak produk ini mengikut arah angin dan
halakan ekzos enjin itu jauh dari ruang yang diduduki.
AMARAN Penggunaan pam air boleh mewujudkan
permukaan berlopak dan licin yang menyebabkan
anda terjatuh yang mengakibatkan kematian atau
kecederaan serius.
• Mengoperasikan pam air pada permukaan yang stabil.
• Kawasan tersebut perlu mempunyai cerun dan penyaliran
secukupnya untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh
disebabkan oleh permukaan yang licin.
AMARAN Tendangan balik tali penghidup (penarikan
balik cepat) akan menarik tangan dan lengan ke
arah enjin lebih cepat daripada anda boleh lepaskan
yang boleh menyebabkan patah tulang, retak, lebam,
terseliuh atau menyebabkan kecederaan serius.
• Apabila menghidupkan enjin, tarik tali perlahan-lahan
sehingga rintangan dirasai dan kemudian tarik dengan
cepat untuk mengelakkan tendang balik.
• Pastikan tangan dan badan jauh dari pam pelepasan.
• Tutup hos pelepasan untuk mengelakkan daripada berputar.
AMARAN Penghidup dan bahagian berputar lain boleh
menjerut tangan, rambut, pakaian atau aksesori
yang mengakibatkan kecederaan yang serius.
• JANGAN letakkan tangan atau bahagian badan di dalam
pam atau hos yang sedang beroperasi.
• JANGAN mengendalikan pam air tanpa perumah atau
penutup pelindung.
• JANGAN pakai pakaian yang longgar, barangan kemas
atau apa sahaja yang boleh terperangkap dalam pemula
atau bahagian berputar lain.
• Ikat rambut yang panjang dan tanggalkan barang kemas.
NOTIS Pam air ini telah dibuat HANYA untuk mengepam
air yang tidak dimaksudkan untuk kegunaan manusia.
NOTIS Rawatan pam air yang tidak wajar boleh
merosakan dan memendekkan hayatnya.
• Jika anda mempunyai soalan mengenai kegunaan
yang dimaksudkan, tanya penjual atau hubungi pusat
perkhidmatan setempat yang berkelayakan.
• Pastikan ruang pam diisi dengan air sebelum menghidupkan
enjin. Jangan mengoperasikan pam tanpa penyediaan.
• Gunakan hos yang tegap pada bahagian penyedut pada
pam.
• Gunakan pam air hanya untuk kegunaan yang
dimaksudkan.
• Mengepam air laut, air minuman, asid, larutan kimia atau
sebarang cecair lain yang menggalakkan kakisan boleh
merosakan pam.
• Pastikan semua sambungan dikedap udara.
• JANGAN halang hos penyedut atau pelepasan dalam
sebarang cara.
• JANGAN mengendalikan pam tanpa bakul penapis yang
disambungkan ke hujung hos penyedut.
• JANGAN melebihi maksimum kepala sedutan (lihat
Spesifikasi). Gunakan kepala sedutan sependek mungkin.
• JANGAN membenarkan kenderaan untuk memandu
diatas hos. Jika hos perlu diletakkan melintasi laluan
jalan, gunakan papan lantai di setiap sisi hos untuk
membolehkan kenderaan melaluinya tanpa menghalang
atau merosakan hos.
• Tahan pam untuk mengelakkan "berjalan" atau
pergerakan peralatan, terutama sekali jika terletak
berhampiran parit atau tepi jurang terbuka. Peralatan
boleh terjatuh ke dalamnya.
• Pastikan peralatan jauh dari bahagian tepi sungai atau
tasik mana ia boleh menyebabkan tebing runtuh.
• JANGAN masukkan sebarang objek melalui slot
penyejukan.
• JANGAN mengoperasikan unit menggunakan bahagian
yang rosak atau tiada, atau tanpa perumah atau penutup
perlindungan.
• JANGAN memintas sebarang alat keselamatan pada
mesin ini.
• JANGAN alihkan mesin dengan menarik hos - gunakan
bingkai pada unit.
• JANGAN membenarkan orang yang tidak berkelayakan
atau kanak-kanak untuk mengendalikan atau melakukan
servis ke atas penjana.
• Semak sistem bahan api untuk kebocoran atau tanda-tanda
kerosakan, seperti hos lecet atau lembut, pengapit longgar
atau hilang, atau tangki atau penutup rosak. Betulkan semua
kecacatan sebelum mengendalikan pam air.
• Peralatan ini direka bentuk untuk digunakan dengan
alat-alat ganti Produk-produk Berdaftar Briggs & Stratton
Power sahaja. Jika peralatan digunakan dengan bahagian
yang TIDAK mematuhi spesifikasi minimum, pengguna
mengandaikan semua risiko dan liabiliti.
5