Jadual Penyelenggaraan - Briggs & Stratton 073052-00 WP2RS Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 20
Penyelenggaraan

Jadual Penyelenggaraan

Ikut selang setiap jam atau kalendar, yang mana
berlaku dahulu. Penyelenggaraan yang lebih kerap
diperlukan apabila mengoperasi dalam keadaan buruk
yang dicatatkan di bawah.
5 jam pertama
Tukar minyak
Setiap 8 jam atau sehari
Periksa aras minyak
Bersihkan serpihan
Setiap 25 jam atau sehari
Cuci penapis udara enjin
Bersihkan pra-pembersih, jika dilengkapi
Setiap 50 jam atau secara tahunan *
Tukar minyak *
Cuci dan periksa penangkap cucuh
Secara Tahunan
Ganti palam pencucuh
Ganti penapis udara *
Bersihkan sistem penyejukkan udara *
Cuci sebarang sisa enapan di dalam pam
*Lakukan servis lebih awal apabila mengoperasi dalam keadaan
kotor atau berhabuk.
Pengesyoran Umum
Penyelenggaraan tetap akan meningkatkan prestasi
dan memanjangkan hayat penjana. Temuilah mana-
mana Perkhidmatan Penjual Berdaftar Brigss &
Stratton untuk perkhidmatan.
Pemasangan dan kerja-kerja pembaikan utama harus
dilakukan oleh kakitangan terlatih secara khusus.
Jaminan pam air tidak melindungi item yang telah
melalui penyalahgunaan atau kecuaian pengendali.
Bagi menerima nilai penuh daripada jaminan ini,
pengendali mesti mengekalkan pam air seperti yang
diarahkan dalam buku panduan ini.
AMARAN Untuk memastikan keselamatan mesin,
guna alat ganti yang asal dari pengeluar atau
diluluskan oleh pengeluar sahaja. Sekiranya anda
mempunyai soalan mengenai menggantikan
komponen-komponen pam air anda, sila layari laman
web kami di BRIGGSandSTRATTON.COM.
Penyimpanan
Jika anda tidak akan menggunakan unit untuk lebih
daripada 30 hari, gunakan garis panduan berikut bagi
menyediakannya untuk simpanan.
Lindungi Sistem Bahan Api
Bahan api boleh menjadi lama apabila disimpan lebih
daripada 30 hari. Bahan api yang lama menyebabkan
deposit asid dan mendapan terbentuk dalam sistem
bahan api atau di bahagian penting karburetor.
Tidak ada keperluan untuk mengeluarkan gasolin
dari enjin jika penstabil bahan api ditambah mengikut
arahan. Mengoperasikan enjin selama 2 minit untuk
mengedarkan penstabil ke seluruh sistem bahan api
sebelum penyimpanan.
Jika gasolin dalam enjin belum dirawat dengan
penstabil bahan api, ia mesti disalirkan ke dalam
bekas yang diluluskan.
Mengoperasikan enjin di luar sehinggalah ia berhenti
akibat ketiadaan bahan api. Penggunaan penstabil
bahan api dalam bekas penyimpanan adalah
disyorkan untuk mengekalkan kesegarannya.
AMARAN Bahan api dan wapnya yang sangat
mudah terbakar dan meletup boleh
menyebabkan luka terbakar, kebakaran
atau letupan yang mengakibatkan
kematian atau kecederaan serius.
APABILA MENYIMPAN BAHAN API ATAU PERALATAN
DENGAN BAHAN API DALAM TANGKI
• Simpan jauh dari relau, dapur, pemanas air, pengering
pakaian, atau perkakasan lain yang mempunyai api
pandu atau sumber pencucuhan lain sebab ia boleh
mencucuh wap bahan api.
BILA MENYALIRKAN BAHAN API
• TUTUP pam air dan biarkan ia sejuk sekurang-
kurangnya 2 minit sebelum membuka penutup bahan api.
Longgarkan penutup perlahan-lahan untuk melegakan
tekanan dalam tangki.
• Salirkan tangki bahan api di luar.
• Simpan bahan api jauh dari percikan api, nyalaan
terbuka, api pandu, haba dan sumber penyalaan lain.
• JANGAN menyalakan rokok atau merokok.
Tip Penyimpanan Lain
1. JANGAN menyimpan bahan api dari satu musim ke
musim yang seterusnya kalau tidak dirawat seperti yang
dinyatakan di dalam Lindungi Sistem Bahan Api.
2. Simpan pam air di kawasan yang bersih, kering dan
tutup dengan penutup pelindung yang sesuai yang tidak
mengekalkan kelembapan.
AMARAN Penutup penyimpanan boleh menyebabkan
kebakaran yang mengakibatkan kematian atau
kecederaan serius.
• JANGAN letak penutup penyimpanan di atas pam air panas.
• Biarkan peralatan sejuk untuk masa secukupnya sebelum
meletakkan penutup di atas peralatan.
9

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

073051-00 wp3rs

Tabla de contenido