Briggs & Stratton 073052-00 WP2RS Manual De Instrucciones página 75

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 20
Briggs & Stratton menjamin bahawa dalam tempoh jaminan yang dinyatakan di bawah, ia akan membaik pulih atau menggantikan, secara percuma,
mana-mana bahagian yang rosak pada bahan atau mutu kerja atau kedua-duanya. Caj pengangkutan ke atas produk yang dikemukakan untuk
pembaikan atau penggantian di bawah jaminan ini perlu ditanggung oleh pembeli. Jaminan ini berkuat kuasa bagi dan tertakluk kepada tempoh masa
dan syarat yang dinyatakan di bawah. Untuk perkhidmatan jaminan, cari Perkhidmatan Penjual Berdaftar yang terdekat di peta pengesan penjual kami di
BRIGGSandSTRATTON.com. Pembeli mesti menghubungi Perkhidmatan Penjual Berdaftar, kemudian menyediakan produk kepada Perkhidmatan Penjual
Berdaftar untuk pemeriksaan dan ujian.
Tidak ada jaminan yang nyata lain. Jaminan yang tersirat, termasuklah kebolehdagangan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu, adalah
terhad kepada tempoh jaminan yang disenaraikan di bawah, atau setakat yang dibenarkan oleh undang-undang . Liabiliti bagi kerosakan
sampingan atau berbangkit dikecualikan kepada pengecualian setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Sesetengah negeri atau negara
tidak membenarkan had pada berapa lama jaminan yang tersirat dilangsungkan, dan beberapa negeri atau negara tidak membenarkan pengecualian atau
pengehadan kerosakan sampingan atau berbangkit, jadi had dan pengecualian di atas mungkin tidak dikenakan kepada anda. Jaminan ini memberikan anda
hak undang-undang tertentu dan anda juga mungkin mempunyai hak lain yang berbeza dari negeri ke negeri atau negara ke negara.**
** Di Australia - Barang-barang kami disertakan dengan jaminan yang tidak boleh dikecualikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia. Anda berhak
untuk mendapatkan gantian atau bayaran balik bagi kegagalan utama dan untuk pampasan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang boleh diramalkan
secara munasabah. Anda juga berhak untuk memastikan barangan dibaiki atau diganti jika barangan tersebut gagal untuk menepati kualiti yang boleh diterima
dan kegagalan ini bukan merupakan satu kegagalan besar. Bagi perkhidmatan jaminan, cari Perkhidmatan Penjual Berdaftar yang berhampiran dalam peta
pengesan penjual kami di BRIGGSandSTRATTON.COM, atau dengan menelefon 1300 274 447, atau dengan menghantar e-mel atau menulis ke salesenquires@
briggsandstratton.com.au, Briggs & Stratton Australia Pty Ltd, 1 Moorebank Avenue, NSW, Australia, 2170.
Tempoh jaminan bermula pada tarkh pembelian oleh peruncit pertama atau pelanggan komersial. "Penggunaan Pengguna" bermakna kegunaan rumah
kediaman diri oleh pengguna runcit. "Penggunaan Komersial" bermakna semua kegunaan lain, termasuk penggunaan untuk tujuan komersial, yang menghasilkan
pendapatan atau sewa. Sebaik sahaja peralatan telah mengalami penggunaan komersial, ia hendaklah selepas itu dianggap sebagai enjin penggunaan komersial
untuk tujuan jaminan ini.
Simpan resit bukti pembelian anda. Jika anda tidak memberikan bukti tarikh pembelian awal pada waktu servis jaminan diminta, tarikh pengeluaran produk akan
digunakan untuk menentukan tempoh jaminan. Pendaftaran produk tidak diperlukan untuk mendapatkan perkhidmatan jaminan untuk produk-produk Briggs &
Stratton.
Servis jaminan hanya boleh didapati melalui Perkhidmatan Penjual Berdaftar Briggs & Stratton. Kebanyakkan pembaikan jaminan dikendalikan secara rutin, tetapi
kadangkala permintaan untuk perkhidmatan jaminan mungkin tidak sesuai. Jaminan ini hanya meliputi kekurangan dalam bahan atau mutu kerja. Ia tidak meliputi
kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan atau penyalahgunaan yang tidak wajar, penyelenggaraan atau pembaikan yang tidak wajar, kelusuhan biasa, atau
bahan api lama atau tidak diluluskan.
Penggunaan Tidak Wajar dan Penyalahgunaan - Penggunaan wajar yang dicadangkan bagi produk ini dinyatakan di dalam Buku Panduan Operator.
Menggunakan produk ini dengan cara yang tidak diterangkan dalam Buku Panduan Operator atau menggunakan produk selepas ia telah rosak tidak akan diliputi di
bawah jaminan ini. Liputan jaminan juga tidak akan diberikan jika nombor siri pada produk telah dibuang atau produk telah diubah dalam sebarang cara, atau jika
produk mempunyai bukti penyalahgunaan seperti kerosakan akibat impak atau kerosakan kakisan air/bahan kimia.
Penyelenggaraan atau Pembaikan Tidak Wajar - Produk ini perlu diselenggarakan mengikut prosedur dan jadual yang disediakan dalam Buku Panduan
Operator, dan diservis atau dibaiki dengan menggunakan alat ganti Briggs & Stratton yang asli atau setarafnya. Kerosakan yang disebabkan oleh kekurangan
penyelenggaraan atau penggunaan bahagian-bahagian tidak asli tidak dilindungi oleh jaminan.
Haus dan Lusuh Biasa - Seperti kebanyakan peranti mekanikal, unit anda adalah tertakluk kepada haus dan lusuh walaupun dijaga dengan baik. Jaminan
ini tidak meliputi pembaikan apabila penggunaan biasa telah mengusangkan hayat alat atau peralatan. Item-item penyelenggaraan dan lusuh seperti penapis,
tali sawat, pisau pemotong dan pad brek (kecuali pad brek enjin) tidak diliputi oleh jaminan disebabkan oleh ciri-ciri kelusuhannya sahaja, melainkan punca
disebabkan oleh kekurangan dalam material atau mutu kerja.
Bahan api Lama atau Tidak Diluluskan - Untuk berfungsi dengan betul, produk ini memerlukan bahan api segar yang mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam
Buku Panduan Operator. Kerosakan enjin atau peralatan yang disebabkan oleh bahan api yang sudah lama atau penggunaan bahan api yang tidak diluluskan
(seperti campuran etanol E15 atau E85) tidak diliputi oleh jaminan.
Pengecualian Lain - Pengecualian ini ini tidak termasuk kerosakan akibat kemalangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pengubahan, servis yang tidak wajar,
kemerosotan pembekuan atau kimia. Lampiran atau aksesori yang tidak dibungkus secara asalnya dengan produk juga dikecualikan. Tiada liputan jaminan pada
peralatan yang digunakan untuk kuasa utama bagi menggantikan kuasa utiliti atau pada peralatan yang digunakan dalam penggunaan sokongan nyawa. Jaminan
ini tidak termasuk peralatan yang digunakan, dibaiki, terpakai atau peralatan atau enjin demonstrasi. Jaminan ini tidak termasuk kegagalan disebabkan oleh
bencana alam dan peristiwa force majeure lain di luar kawalan pengeluar.
DASAR JAMINAN PRODUK-PRODUK BRIGGS & STRATTON
JAMINAN TERHAD
TEMPOH JAMINAN
Penggunaan Pengguna
12 bulan
TENTANG JAMINAN ANDA
Penggunaan Komersial
12 bulan
80011060_MS Rev -
11

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

073051-00 wp3rs

Tabla de contenido