Descargar Imprimir esta página

Normatec 3 Instrucciones Originales página 168

Ocultar thumbs Ver también para 3:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 74
MS
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, KEBAKARAN DAN
KECEDERAAN DIRI ATAU KEROSAKAN HARTA BENDA, PERANTI INI PERLU DIGUNAKAN
MENGIKUT AMARAN, PERINGATAN DAN ARAHAN KESELAMATAN BERIKUT
ARAHAN KESELAMATAN PENTING - ARAHAN ASAL
Baca keseluruhan manual arahan sebelum menggunakan Sistem Normatec 3.
AMARAN
Sebarang pengubahsuaian pada kelengkapan ini tidak dibenarkan.
Jika anda mengalami kesakitan yang teruk, apa-apa simptom luar biasa atau mahu
menanggalkan alat tambahan ketika dalam kecemasan semasa penggunaan:
• Hentikan unit kawalan dengan menekan butang kuasa.
• Tanggalkan hos dari sama ada unit kawalan atau alat tambahan.
• Tanggalkan alat tambahan dari anggota badan anda.
• Rujuk pengamal penjagaan kesihatan berlesen anda dengan segera, mengikut keperluan.
PERINGATAN
• Jangan cuba ceraikan sistem. Sistem tidak mengandungi bahagian yang boleh diservis
oleh pengguna. Apabila servis atau pembaikan diperlukan, sila hubungi khidmat
pelanggan melalui nombor telefon +1.949.565.4994.
• Jangan tanggalkan atau cuba untuk membuka pintu bateri daripada rerumah.
• Gunakan pengecas yang dibekalkan dengan sistem sahaja. Penggunaan pengecas yang
berbeza boleh menyebabkan sistem tidak beroperasi dengan betul.
• Untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik, jangan gunakan sistem berdekatan air,
seperti berdekatan tab mandi, singki dapur, tab dobi atau kolam renang.
• Untuk mengelakkan kerosakan dan risiko renjatan elektrik, jangan sekali-kali tumpahkan
apa-apa jenis cecair pada sistem.
• Jangan letakkan sistem, pengecas atau mana-mana aksesori di tempat yang boleh
menyebabkan kerosakan, risiko kejatuhan atau menghalang pergerakan orang lain.
• Pastikan port terbuka pada unit kawalan, saling sambung hos dan salur masuk kuasa
bebas daripada kotoran.
• Jika pengecas rosak, unit kawalan terjatuh atau rosak, cecair tertumpah pada sistem atau
sistem tidak beroperasi secara normal walaupun arahan pengendalian telah dipatuhi,
matikan sistem dengan menekan butang kuasa unit kawalan, kemudian cabut sistem
dari punca kuasa pada dinding. Hubungi khidmat pelanggan melalui nombor telefon
+1.949.565.4994 untuk mendapatkan bantuan.
• Jangan bocorkan atau rosakkan alat tambahan (alat tambahan kaki, lengan, pinggul atau
tersuai) kerana ini boleh menyebabkan sistem tidak dapat beroperasi dengan betul.
• Untuk mengelakkan risiko terjerut, jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak tanpa
pengawasan dengan pengecas atau hos.
• Bahaya tercekik, bahagian kecil. Jauhkan daripada kanak-kanak.
• Jangan tinggalkan sistem, pengecas atau mana-mana aksesori di tempat yang berisiko
menyebabkan kerosakan oleh kanak-kanak, haiwan peliharaan, haiwan perosak atau
cecair. Jika anda mengesyaki unit kawalan anda rosak, hubungi khidmat pelanggan
melalui nombor telefon +1.949.565.4994 untuk mendapatkan bantuan.
• Jangan benarkan lin atau habuk terkumpul pada unit kawalan atau saling sambung hos.
Jika lin atau habuk terkumpul, lap sistem dengan kain kering sebelum penggunaan.
• Pengelasan IP21 bermaksud unit kawalan ini dilindungi daripada kemasukan air secara
menegak dan bahagian berbahaya dilindungi daripada akses kepada objek yang sama
atau lebih besar daripada 12.5 mm (1/2").
• Jangka hayat perkhidmatan sistem dan bateri bersepadu ialah 3 tahun.
• Jangan berdiri semasa memakai alat tambahan kaki. Jangan berjalan semasa memakai
sebarang alat tambahan.
• Alat tambahan direka bentuk untuk digunakan oleh seorang pengguna sahaja pada
satu-satu masa.
• Jangan pegang unit kawalan pada bahagian hos.
• Produk ini hendaklah digunakan oleh orang dewasa yang sihat sahaja.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan produk ini jika anda di bawah penjagaan doktor
atau mempunyai kontraindikasi yang memerlukan penggunaan sebarang peranti perubatan.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan produk ini jika anda mengalami keradangan, jangkitan,
kesakitan yang tidak diketahui punca, pendarahan (dalaman atau luaran) pada atau berdekatan
tempat pemakaian atau jika anda mengalami luka pada atau berdekatan tempat pemakaian.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan produk ini pada kulit sensitif.

Publicidad

loading