Bahasa Malaysia
Suis pemalap/kuasa wayarles RODRET berfungsi
dengan lampu pintar dan palam daripada IKEA.
Suis tersebut boleh digunakan dengan hab
DIRIGERA untuk mengawal produk pintar melalui
aplikasi pintar IKEA Home.
Aplikasi pintar IKEA HOME
Untuk peranti Apple, muat turun
aplikasi menggunakan App Store. Untuk
peranti Android, muat turun aplikasi
menggunakan gedung Google Play.
Nota: Jika anda mempunyai get laluan TRÅDFRI,
sila gunakan aplikasi IKEA Home smart 1.
34
Cara bermula dengan hab DIRIGERA
Muat turun aplikasi pintar IKEA HOME dan ikut
arahan pada skrin untuk menambahkan pemalap/
suis ke sistem pintar IKEA HOME anda.
Cara bermula tanpa hab DIRIGERA
1. Pastikan produk pintar yang ingin anda
sambungkan sudah dipasang dan dihidupkan.
2. Pegang pemalap/suis anda dekat dengan
produk pintar (jarak kurang dari 5 cm).
3. Tekan dan tahan butang berpasangan
sekurang-kurangnya selama 10 saat.
LED berwarna merah akan berkelip pada
pemalap/suis. Produk pintar akan berdenyut
dengan LED berwarna putih sebaik sahaja
disambungkan.