Descargar Imprimir esta página

DJI C10000 Guía De Usuario página 36

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 65
11. Jauhkan pengecas daripada haba, tekanan, air, gas mudah terbakar dan bahan kakis.
12. Jauhkan pengecas daripada bahan mudah terbakar semasa mengecas. JANGAN letakkan pengecas
atau bateri pengecasan d atas selimut atau sebarang permukaan berkarpet apabila digunakan.
13. Letakkan pengecas pada permukaan yang rata dan stabil. Untuk mengelakkan bahaya kebakaran,
pastikan peranti itu tertebat dengan betul dan sediakan sekurang-kurangnya 50 cm ruang untuk
pengudaraan.
14. JANGAN gunakan pengecas di tempat bateri disimpan. Anda perlu menyediakan jarak sekurang-
kurangnya 30 cm antara pengecas dengan mana-mana bateri yang dicas. Jika tidak, pengecas
atau bateri yang dicas mungkin rosak akibat pemanasan yang berlebihan, malahan boleh
mengakibatkan bahaya kebakaran.
15. Rujuk panduan pengguna bateri untuk mendapatkan arahan keselamatan lanjut sebelum
penggunaan.
16. Sekiranya berlaku kebakaran, gunakan alat pemadam kebakaran serbuk kering. Alat pemadam
kebakaran cecair boleh mengakibatkan bahaya elektrik.
17. JANGAN cabut palam kabel kuasa AC atau kabel pengecasan semasa pengecas sedang digunakan.
Tanggalkan bateri selepas pengecasan selesai.
18. Jika terdapat sebarang tembunan yang ketara pada penyambung kabel pengecasan, bersihkan
tembunan itu secepat mungkin. Pastikan pengecas tidak disambungkan kepada bekalan kuasa
sebelum pembersihan.
19. JANGAN alihkan atau mengangkat pengecas dengan menarik kabel pengecasan. Jika tidak, kabel
pengecasan boleh rosak.
20. Kendalikan kabel pengecasan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan akibat hentaman
kuat.
21. Penutup kalis habuk perlu dibersihkan dengan kerap untuk mendapatkan kesan penyejukan kipas
yang baik.
22. Gunakan alat kawalan jauh DJI RC Plus untuk mengaktifkan pengecas dan mengemaskinikan
perisian tegar. Sebelum pengaktifan atau pengemaskinian perisian tegar, pastikan alat kawalan
jauh telah dikemaskinikan kepada perisian tegar terbaharu.
Di Dalam Kotak
Pengecas Pintar C10000 × 1
* Kabel pengecasan perlahan dibungkus dalam kotak berasingan. Jenis kabel pengecasan perlahan mungkin berbeza
bergantung pada negara atau rantau. Ilustrasi ini mungkin berbeza daripada produk sebenar.
Pengenalan
Pengecas Pintar C10000 menyokong pengecasan pantas dan juga perlahan serta boleh disambungkan
kepada satu Bateri Penerbangan Pintar. Untuk bateri yang serasi, rujuk bahagian Spesifikasi.
Semasa mengecas, pengecas memantau status bateri dan boleh melaraskan arus pengecasan
secara automatik jika perlu. Fungsi pelarasan kuasa pintar memastikan pengecasan boleh
diteruskan walaupun lubang pengudaraan terhalang. Pengecas juga menampilkan fungsi diagnostik
kendiri. Pengguna boleh menyemak LED status untuk mengesahkan jika terdapat sebarang ralat.
34
Kabel Pengecasan Pantas × 2
Kabel Pengecasan Perlahan* × 1
Kabel Penukar × 1

Publicidad

loading