Bahasa Malaysia - IKEA LAKSEVÅG Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 14
BAHASA MALAYSIA
DOKUMEN ARAHAN MENGENAI KATIL
LAKSEVÅG
Pengeluar: IKEA of Sweden
Kelas perlindungan: IP 2O
Kelembapan relatif yang disyorkan: 30%
-75%
Suhu persekitaran yang disyorkan: +10° -
+40°C
Setiap pengguna produk ini perlu membaca
arahan ini dengan berhati-hati.
Maklumat umum
Katil beroperasi menggunakan motor elektrik.
Katil boleh diselaraskan menggunakan alat
kawalan jauh.
Bahagian kepala dan kaki diselaras secara
berasingan.
Motor berhenti secara automatik pada
kedudukan hujung bahagian atas/bahagian
bawah.
Katil yang terlebih muatan dilindungi oleh fius
suhu.
Arahan pemasangan
Sambungkan pengubah dan alat kawalan
jauh kepada motor. Sebagai pelega tekanan
kepada plag, kabel elektrik perlu dipasang ke
panduan kabel seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah 3.
Pasang plag ke soket di dinding.
Letakkan kabel elektrik agar ia terlindung
daripada kerosakan.
Terdapat ruang agar kabel elektrik dapat
digerakkan dengan bebas.
Arahan penggunaan
Katil hanya perlu digunakan sebagai katil yang
boleh diselaraskan tanpa had pada bahagian
kepalanya dan kakinya, secara berasingan
atau bersama.
Untuk menyelaras kedudukan katil ke atas/ke
bawah. tekan butang yang menunjukkan anak
panah ke atas/ke bawah pada alat kawalan
jauh.
Katil kekal pada kedudukan yang diingini
semasa butang dilepaskan.
Jangan selaraskan katil ke atas dan ke bawah
secara berulang-ulang.
Jika katil terlebih muatan, motor akan
berhenti. Tunggu sebentar dan kemudian cuba
lagi. Katil perlu diletakkan beserta ruang di
sekelilingnya. Jika bekalan kuasa terputus
kedua-dua bahagian kepala dan kaki boleh
diturunkan secara manual. Untuk arahan sila
gambarajah 4. Untuk menggunakan semula
selepas diturunkan secara manual, sila lihat
gambarajah 5.
Arahan keselamatan
Jangan duduk atau berdiri pada bahagian
kepala dan kaki kecuali katil dalam kedudukan
mendatar, lihat gambarajah 6.
Menyelaraskan katil ke atas atau ke bawah
adalah dikaitkan dengan bahaya tersepit.
Untuk meminimumkan risiko ini, sila ikut
langkah-langkah berikut:
Jarak di antara kepala dan objek kekal di
sekelilingnya adalah perlu (meja sisi katil,
ambang jendela dan lain-lain) kerana
jarak seminimum 12 sm (4 3/4") untuk
mengelakkan risiko lengan tersepit dan
jarak seminimum 50 sm (19 3/4") untuk
mengelakkan risiko tersepit bahagian badan
yang lain. Untuk menghindari risiko tersepit
yang lain, mestilah terdapat jarak yang
mencukupi dengan objek disekitarnya.
Semasa menyelaraskan katil ke atas atau ke
bawah, pengguna perlu berhati-hati untuk
mengelakkan kecederaan kepada orang lain
dan kerosakan pada barangan di sekitarnya.
Pastikan soket di dinding pada kedudukan
yang mudah digunakan.
Peralatan tidak boleh digunakan oleh kanak-
kanak atau orang yang kurang keupayaan
daya fizikal, deria atau mental atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka mendapat seliaan atau arahan.
Semasa katil tidak digunakan, pastikan
kanak-kanak tidak bermain dengan peralatan.
Katil tidak boleh diubah, ditambah atau
dibina semula. Pengubahsuaian pada sistem
elektriknya langsung tidak dibenarkan.
Jika kabel bekalan elektriknya rosak atau
katil tidak berfungsi, hubungi IKEA yang
berdekatan melalui telefon atau www.IKEA.
com.
Katil patut dilindungi dari kelembapan dan
tidak sepatutnya didedahkan pada sinaran
matahari untuk jangka masa yang lama.
Mengendalikan alat kawalan jauh
Fungsi katil diaktifkan dengan menekan
butang pada alat kawalan jauh. Lihat gambar
rajah 7.
Jika katil tidak digunakan, alat kawalan jauh
hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak.
35

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido