4
Luncurkan gelangsar buka/tutup ke atas untuk menghidupkan
perkakas.
5
Letakkan sikat pengguntingan rambut pada kulit kepala dan gerakkan
perkakas melalui rambut dengan perlahan.
Petua
-
Mulakan menggunting pada tetapan panjang rambut yang tertinggi pada
sikat pengguntingan rambut dan kurangkan tetapan panjang rambut
secara beransur-ansur.
-
Catatkan tetapan panjang rambut yang anda telah gunakan untuk
mewujudkan gaya rambut tertentu sebagai peringatan untuk sesi
pengguntingan pada masa hadapan.
-
Untuk memotong dengan cara yang paling berkesan, gerakkan perkakas
melawan arah rambut yang tumbuh.
-
Oleh kerana rambut tumbuh dalam arah yang berlainan, anda juga
perlu menggerakkan perkakas dalam arah yang berlainan (ke atas, ke
bawah atau melintang).
-
Buat laluan bertindan di atas kepala untuk memastikan perkakas
menangkap semua rambut yang perlu dipotong.
-
Pastikan bahagian sikat pengguntingan rambut yang rata bersentuhan
sepenuhnya dengan kulit kepala agar memperoleh hasil pemotongan
yang seragam.
-
Untuk memperoleh hasil yang baik dengan rambut yang keriting,
jarang atau panjang, anda boleh menggunakan sikat penggayaan untuk
memandu rambut ke arah perkakas.
-
Keluarkan rambut yang dipotong daripada sikat pengguntingan rambut
dengan kerap. Jika banyak rambut terkumpul pada sikat, keluarkan sikat
daripada perkakas dan tiup dan/atau goncang agar rambut terkeluar.
Menggunting tanpa sikat pengguntingan rambut
Anda boleh menggunakan perkakas tanpa sikat pengguntingan rambut
untuk memotong rambut anda begitu hampir kepada kulit (0.5mm) atau
untuk membentuk garis leher dan kawasan di sekitar telinga.
1
Untuk menanggalkan sikat pengguntingan rambut, tekan
pemilih tetapan panjang rambut(1), gerakkan sikat ke atas dan
kemudian tarik daripada perkakas (2).
2
Sikat hujung rambut di atas telinga sebelum anda mula membentuk
garis rambut.
3
Luncurkan gelangsar buka/tutup ke atas untuk menghidupkan
perkakas.
BAHASA MELAYU
55