Temui lebih banyak ciri
Ciri-ciri pembesar suara
• Main balik audio Bluetooth
• Perkongsian Audio OneHop
• Tutup untuk Bisukan
• Sambungan audio wayarles UPnP
Ciri selanjutnya dan panduan terperinci
Untuk mengetahui lebih lanjut, buka aplikasi HUAWEI AI Life, dan
sentuh kad pembesar suara pada skrin utama untuk mengakses
kawalan peranti dan skrin pengurusan. Anda kemudiannya boleh
mengemas kini pembesar suara, melihat maklumat bantuan dan
banyak lagi.
Tetapan semula kilang
Untuk memulihkan pembesar suara kepada tetapan kilang, tekan
dan tahan butang Multifungsi
secara serentak sehingga gelung penunjuk jingga berhenti berpusing.
Maklumat Keselamatan
Sila baca semua maklumat keselamatan dengan teliti sebelum
penggunaan peranti anda untuk memastikan operasi yang selamat
dijalankan dan mempelajari cara membuang peranti anda dengan
betul.
Operasi dan keselamatan
• Penggunaan penyesuai kuasa, pengecas, atau bateri yang tidak
diluluskan atau tidak serasi mungkin merosakkan peranti anda,
memendekkan jangka hayatnya, atau mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau kemalangan lain.
• Suhu operasi yang sesuai adalah antara 0 °C hingga 40 °C. Suhu
storan yang sesuai adalah antara -20 °C hingga +70 °C.
• Ikuti peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh
hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan. Jangan gunakan
peranti anda apabila dilarang.
• Sesetengah peranti wayarles boleh menjejaskan prestasi alat
bantuan pendengaran atau perentak jantung. Rujuk penyedia
perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.
• Pengeluar perentak jantung mengesyorkan jarak minimum
sebanyak 15 cm boleh dikekalkan di antara peranti dan perentak
jantung untuk mengelakkan kemungkinan gangguan dengan
perentak jantung. Jika anda menggunakan perentak jantung,
pegang peranti pada bahagian yang bertentangan dengan
perentak jantung dan jangan bawa peranti di poket depan anda.
dan butang turun kelantangan
78