Philips InfraPhil HP3616/01 Manual De Instrucciones página 32

Ocultar thumbs Ver también para InfraPhil HP3616/01:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 16
BaHasa MElayu
32
-
Jangan tidur semasa rawatan.
-
Elakkan kawasan rawatan daripada menyejuk terlalu cepat sebaik sahaja selepas rawatan.
-
Sekiranya kesihatan tidak bertambah baik selepas 6 - 8 kali rawatan, hentikan penggunaan
perkakas ini dan rujuklah doktor anda.
Kontraindikasi rawatan InfraPhil:
-
-
Jangan gunakan perkakas tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu sekiranya
anda menghidap penyakit teruk seperti penyakit jantung, penyakit keradangan akut, trombosis,
gangguan koagulasi darah, supresi ginjal, dermatosus lupus sistemik atau penyakit malignan.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda terlalu sensitif terhadap cahaya inframerah atau jika anda
menghidapi edema. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda tidak sensitif terhadap sinaran inframerah dan haba akibat
penyakit (seperti diabetes lanjutan) atau penggunaan ubat penghilang kesakitan. Sekiranya berasa
ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda menghidap penyakit yang berkaitan dengan saraf
terdemielinat seperti sindrom terowong karpus, sklerosis berbilang dan neuropati ulnar. Sekiranya
berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika anda mempunyai peranti terimplan, terutamanya jika ia terletak di
sekitar kawasan rawatan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jika anda hamil, jangan gunakan perkakas untuk merawat kawasan berdekatan abdomen atau
bahagian bawah belakang anda, untuk mengelakkan kepanasan terlampau di kawasan ini.
Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas ini sekiranya anda mengalami bengkak atau keradangan, kerana haba
boleh memburukkan keadaan. Sekiranya berasa ragu, rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas pada kulit yang rosak atau rengsa atau pada luka. Sekiranya berasa ragu,
rujuklah doktor anda.
-
Jangan gunakan perkakas untuk merawat kawasan yang baru sahaja disapu lawan perengsa
topikal (krim atau salap yang mengandungi mentol,contohnya), kerana ini akan menyebabkan
reaksi keradangan ringan.
awas
-
Sekiranya soket dinding yang disambungkan dengan perkakas ini mempunyai sambungan yang
lemah, plag perkakas akan menjadi panas. Sila pastikan anda memasang plag perkakas ke dalam
soket dinding yang disambungkan dengan baik.
-
Jangan biarkan perkakas terkena kejutan kuat.
-
Sentiasa cabutkan plag sesalur setelah digunakan dan sekiranya terdapat gangguan bekalan kuasa.
-
Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar. Pastikan terdapat sekurang-kurangnya
15 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan melampau.
-
Jangan gantungkan perkakas dari siling (Gamb. 5).
-
Jangan gantungkan perkakas di dinding (Gamb. 6).
-
Jangan gunakan perkakas ini di suhu bilik kurang daripada 10°C atau lebih tinggi daripada 35°C.
-
Jangan tutup perkakas dengan, contohnya, kain atau pakaian apabila ia telah dihidupkan.
-
Perkakas dilengkapi perlindungan automatik terhadap pemanasan melampau. Jika perkakas tidak
disejukkan secukupnya (contohnya kerana lohong pendinginan bertutup), perkakas akan mati
secara automatik. Cabut plag perkakas dan alihkan punca pemanasan melampau. Sebaik sahaja
perkakas telah menyejuk, ia boleh dihidupkan semula. Untuk berbuat demikian, masukkan plag
perkakas sekali lagi dan tekan suis hidup/mati.
-
Sejukkan perkakas selama lebih kurang 15 minit sebelum mencuci atau menyimpannya.
-
Sekiranya anda baru saja selesai berenang atau mandi, pastikan anda mengeringkan kulit anda
dengan sempurna sebelum anda menggunakan perkakas ini.
-
Pastikan bahawa sinaran cahaya inframerah kekal pada jarak yang selamat iaitu sekurang-
kurangnya 45sm dari objek mudah bakar dan dinding.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Hp3616

Tabla de contenido