Descargar Imprimir esta página

Playseats PLAYSEAT EVOLUTION Instrucciones De Montaje página 9

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 15
Arahan keselamatan: PlaySeat tidak dimaksudkan mahupun sesuai digunakan di dalam kereta!
1. Mula-mula anda perlu memasang bingkai kerusi yang menyokong kerusi dengan memasang plat P1 & P2 pada
bahagian bawah kerusi (foto 1) menggunakan skru Allen å. Anda akan mendapati skru ini sudah terpasang pada
bahagian bawah kerusi.
Ambil tiub bujur P3 (foto 2) dan putarkan tombol pelaras ç beberapa kali sehingga rapi di dalam ulir skru yang
besar di depan. Kemudian pasangkan dua batang segi empat yang panjang P4 & P5 pada tiub bujur (foto 3)
menggunakan skru Allen é.
Selepas itu, lekatkan bahagian yang baru saja anda pasang tadi pada bahagian bawah kerusi di antara plat sisi.
Berhati-hati semasa memasang bahagian ini untuk memastikan tombol pelaras berada di depan kerusi (foto 4).
Gunakan skru Allen untuk melakukannya è.
Sekarang kerusi boleh dilipat buka dan dirapikan. Jika kerusi terbuka, sandaran belakangnya boleh ditetapkan
dengan menggunakan dua cemat pengunci yang ada pada sandaran belakang. Untuk melakukannya, anda perlu
menterbalikkan kerusi terlebih dahulu dan meletakkannya di atas lantai. Kemudian anda perlu menarik naik
sarungnya dari belakang kerusi (foto 5) dan menarik naik sandaran belakangnya (foto 6). Cemat pengunci kini
boleh ditolak masuk dengan rapi. Akhir sekali, turunkan kembali sarungnya dan rapikan dengan menggunakan
jalur-jalur Velcro.
2. Langkah yang seterusnya adalah untuk memasang bingkai bagi stereng dan injak. Ambil turus stereng P6 dan tiub
bujur P7. Tolak tiub bujur melalui turus stereng, memasuki tiub di bawah kerusi (foto 7) dan ketatkan tombol pelaras
pada turus stereng dan tiub bujur.
3. Plat injak P8 kini boleh dipasangkan pada tiub bujur (foto 8). Dua skru Allen è perlu digunakan untuk
melakukannya. Plat injak boleh dipasang dalam dua kedudukan. Kedudukan tengah selalunya digunakan sebagai
kedudukan biasa. Walau bagaimanapun, bagi beberapa jenis injak, elok jika plat injak dipasangkan supaya ia ke kiri
sedikit. Sokongan tambahan P9 disediakan untuk mendapatkan kawalan injak yang optimum. Ini boleh dipasangkan
pada bahagian bawah plat injak (foto 9) menggunakan dua skru Allen è.
4. Akhir sekali, masukkan plat stereng dan rod stereng P10 yang sudah sedia dipasang itu ke dalam turus stereng
(foto 10). Anda kemudian boleh mengetatkan tombol pelaras perlahan-lahan.
Kokpit lumba anda kini boleh dipasangkan dengan stereng dan injak anda sendiri dengan menggunakan pengikat
universal yang disediakan. Kebanyakan stereng dan injak boleh dipasangkan dengan menggunakan jalur-jalur Velcro khas
yang boleh dilekatkan pada bingkai. Sesetengah stereng dan injak juga boleh dipasangkan dengan bolt kecil.
MANUAL_TEKST.indd 9
MANUAL_TEKST.indd 9
ARAHAN PEMASANGAN EVOLUSI PLAYSEAT
04-09-2007 18:12:13
04-09-2007 18:12:13

Publicidad

loading