Descargar Imprimir esta página

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 10

BAHASA MALAYSIA

KNÄPPA
Desi gn and Quality
IKEA of Sweden
LR03 • AAA
© Inter IKEA Systems B.V. 2012
1
5s
MEMASANG KAMERA
Sila rujuk arahan pemasangan. Sebelum
memasang kamera ini 2 bateri AAA/LR03 perlu
dimasukkan seperti yang ditunjukkan.
MENGHIDUPKAN KAMERA
Tekan dan tahan butang kuasa/pengatup
dengan jari anda selama kira-kira 5 saat.
Ia terletak di hadapan kamera, di bawah logo
IKEA.
Periksa LED di belakang kamera di sebelah
pemidang tilik. Lampu hijau menunjukkan
bahawa kamera tersebut hidup.
MENGAMBIL GAMBAR
Apabila LED berwarna hijau, tekan butang
kuasa/pengatup dengan kukuh (kira-kira 2 saat)
sehingga LED menjadi hijau berkelip-kelip.
LED menjadi hijau berkelip selama kira-kira
8 saat sementara data gambar diproses.
Kamera ini tidak akan mengambil sebarang
gambar lain sementara LED ini berkelip.
Apabila LED berhenti berkelip, ia bersedia
untuk mengambil gambar seterusnya.
MEMATIKAN KAMERA
Tekan dan tahan butang kuasa/pengatup
dengan jari anda selama kira-kira 5 saat
sehingga LED hijau padam. Kamera ini juga
akan mati dengan sendirinya selepas kira-kira
60 saat sekiranya ia tidak digunakan.
MENYAMBUNGKAN KAMERA ANDA KE
KOMPUTER
Sambungkan kamera ke komputer anda
mengguna penyambung USB yang siap terbina
di dalamnya.
Logo IKEA seharusnya menghala ke atas
semasa memasukkan kamera ke dalam port
USB. Setelah bersambung, kamera akan
muncul:
2
- sebagai folder pada desktop Mac.
- sebagai peranti baharu dalam 'My Computer'
pada PC Windows.
Kamera ini tidak perlu dihidupkan untuk
memindahkan gambar.
MEMADAMKAN GAMBAR DARIPADA KAMERA
Jika LED pada kamera berwarna merah
berkelip-kelip, ini bermakna memori dalaman
kamera telah penuh. Sebelum anda boleh
mengambil lebih banyak gambar, anda perlu
menyediakan ruang untuk gambar-gambar
baharu dengan memadamkan yang lama.
Untuk memadamkan gambar, pastikan kamera
dihidupkan. Kemudian gunakan klip kertas
untuk menekan butang padam di hadapan
kamera selama kira-kira 5 saat. Perhatian!
Ini akan memadamkan semua gambar pada
kamera. Sila sandarkan gambar pada komputer
sebelum menekan butang padam.
BATERI RENDAH
LED pada kamera akan bersinar merah apabila
kuasa bateri kamera rendah. Anda perlu
menggantikan bateri secepat mungkin.
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Peraturan FCC. Pengendaliannya tertakluk pada dua syarat berikut: (1) Peranti ini
mungkin tidak menyebabkan gangguan yang memudaratkan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan
yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tak diingini.
Perubahan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan secara jelas oleh pihak yang bertanggungjawab untuk
pematuhan, mungkin menyebabkan kuasa pengguna untuk mengendalikan peralatan ini terbatal.
PERHATIAN: Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had bagi peranti digital Kelas B, selaras dengan
bahagian 15 peraturan FCC. Had ini ditetapkan untuk memberi perlindungan yang munasabah daripada
gangguan yang memudaratkan dalam pemasangan di kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh
memancarkan tenaga frekuensi radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan menurut arahan, boleh
mengakibatkan gangguan yang memudaratkan komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa
gangguan tidak akan berlaku dalam sesuatu pemasangan tertentu. Jika peralatan ini menyebabkan gangguan
penerimaan radio atau televisyen yang memudaratkan, yang boleh ditentukan dengan mematikan dan
menghidupkan peralatan ini, pengguna digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan ini melalui salah satu
langkah berikut, atau lebih:
—Ubah arah atau ubah lokasi antena penerima.
—Tambah jarak pemisah antara peralatan dengan penerima.
—Sambungkan peralatan ke saluran keluar pada litar yang berbeza daripada yang disambungkan ke penerima.
—Rujuk pada pengedar atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk bantuan.
3
PENGGANTIAN BATERI
Tanggalkan nat dan bolt plastik di bahagian
atas kamera, dan letakkan di tempat yang
selamat. Tanggalkan bateri lama, kemudian
gantikan dengan yang baharu, sambil
memastikan bahawa simbol + dan – pada
bateri baharu dan papan litar adalah sepadan.
Kemudian pasangkan semula.
PETUA
• Untuk memastikan gambar anda tidak kabur,
pegang kamera tanpa bergerak selama kira-
kira 3 saat sambil menekan butang kuasa/
pengatup.
• Untuk memastikan kamera tidak bergoyang,
letakkan di atas sesuatu untuk memastikan ia
stabil.
• Untuk menambah kualiti gambar, elakkan
paras cahaya yang rendah.

Publicidad

loading