HyperIce Hypervolt 2 Instrucciones De Uso página 88

Ocultar thumbs Ver también para Hypervolt 2:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 11
• Jangan kendalikan peranti di tempat peranti aerosol (semburan) digunakan atau di tempat
pengendalian oksigen.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti pada permukaan lembut seperti tempat tidur atau
sofa yang mungkin menyekat bukaan udara.
• Jangan gunakan peranti berdekatan pakaian yang longgar atau barang kemas.
• Jauhkan rambut panjang daripada peranti semasa digunakan.
• Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak
tanpa pengawasan.
• Jangan keluarkan skru atau cuba membuka peranti.
• Jangan kendalikan peranti secara berterusan lebih daripada satu jam. Selepas
menggunakan peranti selama satu jam, rehatkan peranti selama 30 minit sebelum
digunakan semula.
• Cabut plag peranti selepas mengecas atau sebelum digunakan.
• Gunakan peranti mengikut Arahan Pengendalian.
• Apabila menggunakan Hypervolt 2, gunakan peranti pada permukaan badan yang kering
dan bersih sahaja dengan menekan sedikit peranti dan menggerakkan peranti pada
bahagian badan yang berkenaan selama lebih kurang enam puluh (60) saat bagi setiap
bahagian badan. Hypervolt 2 hanya boleh digunakan pada bahagian badan yang bertisu
lembut dan tidak boleh digunakan pada mana-mana bahagian badan yang keras atau
bertulang termasuk kepala. Sila berhenti menggunakan Hypervolt 2 serta-merta apabila
mengalami sebarang kesakitan atau ketidakselesaan, selain kesakitan ringan pada otot.
Lebam boleh berlaku daripada penggunaan Hypervolt 2 tanpa mengira tetapan tekanan
dan jika lebam berlaku, anda tidak boleh menggunakan Hypervolt 2 pada bahagian yang
lebam sehingga lebam sembuh sepenuhnya. Penggunaan Hypervolt 2 juga perlu dielakkan
pada semua lebam, kontusi, ruam atau bahagian kulit yang mengalami kerengsaan atau
cedera sehingga kulit sembuh sepenuhnya. Apabila menggunakan Hypervolt 2, pastikan
anda menjauhkan jari tangan, jari kaki, rambut dan bahagian badan yang lain daripada
bahagian belakang kepala alat tambahan untuk mengelakkan kecederaan akibat tersepit
atau rambut terbelit.
Hypervolt 2 hanya boleh dicas dengan pengecas bertebat dua kali Hyperice 18VDC
(nombor model MX24Z2-1801000) yang dibekalkan dengan peranti. Jangan cas Hypervolt 2
semalaman atau biarkan Hypervolt 2 tanpa pengawasan semasa mengecas atau digunakan.
Jangan gunakan Hypervolt 2 atau sebarang peranti perkusi tanpa mendapatkan kelulusan
daripada doktor anda dahulu jika mana-mana perkara berikut berkaitan dengan anda:
• Kehamilan, diabetes dengan komplikasi seperti neuropati atau kerosakan retina, memakai
perentak jantung, pembedahan atau kecederaan baru-baru ini, epilepsi atau migrain,
hernia cakera, spondilolistesis atau spondilosis, penggantian sendi atau pemasangan
IUD, pin atau plat logam baru-baru ini atau sebarang kebimbangan tentang kesihatan
fizikal anda. Individu yang lemah dan kanak-kanak seharusnya ditemani oleh orang
dewasa semasa menggunakan sebarang peranti perkusi atau getaran. Kontraindikasi
ini tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan peranti perkusi atau getaran tetapi
kami menasihatkan agar anda merujuk kepada doktor anda sebelum berbuat demikian.
Penyelidikan yang berterusan sedang dijalankan terhadap kesan urutan perkusi untuk
gangguan perubatan khusus yang boleh menyebabkan pemendekan senarai kontraindikasi
seperti yang ditunjukkan di atas.
Hypervolt 2 mengandungi bateri yang mesti dilupuskan dengan selamat di kemudahan
pembuangan atau kitar semula e-sisa yang sewajarnya.
PERINGATAN
Bateri yang digunakan dalam peranti ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau
kecederaan melecur akibat bahan kimia jika dikendalikan dengan salah. Jangan buka,
panaskan bateri melebihi 100º C atau bakar bateri. Lupuskan bateri terpakai dengan segera.
Jauhkan daripada kanak-kanak. Jangan pisahkan bahagian dalam peranti dan jangan
lupuskan peranti dalam api.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido