Bahasa Malaysia
Baca dengan teliti dan simpan untuk kegunaan
masa hadapan kerana ia mengandungi
maklumat yang penting.
Kalkulator ini dikhaskan untuk kegunaan
kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas.
PENTING!
•
Bateri yang disertakan TIDAK boleh diganti!
•
Ikuti arahan kitar semula apabila mengeluarkan
bateri.
•
Bateri yang habis boleh dikeluarkan daripada
kalkulator. Ikuti arahan untuk kitar semula
apabila melupuskan bateri yang habis.
•
Apabila mengeluarkan bateri, pastikan ia
diletakkan jauh daripada anak kecil kerana ia
memberikan risiko tercekik.
•
Jangan sesekali membuka bateri atau
mendedahkannya kepada haba.
•
Jika anda tidak menggunakan kalkulator ini
untuk suatu tempoh yang lama, keluarkan
bateri dengan mengikuti arahan kitar semula
bagi mengelakkan risiko kebocoran bateri.
•
Jangan simpan kalkulator dalam suhu yang
melampau dan jangan membiarkannya
terdedah kepada cahaya matahari dalam
tempoh yang lama kerana haba boleh
merosakkan papan litar kalkulator.
•
Pastikan kalkulator disimpan jauh daripada air,
kelembapan dan habuk.
•
Bersihkan kalkulator dengan kain yang kering
dan bersih.
20