Descargar Imprimir esta página

DJI T40 Guía De Usuario página 24

Ocultar thumbs Ver también para T40:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 53
Penafian
Tahniah atas pembelian produk DJI
selamat dan sah yang disediakan DJI dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan untuk membaca
dan mengikut arahan serta amaran boleh mengakibatkan kecederaan serius pada diri atau orang
lain, kerosakan pada produk DJI anda atau juga kerosakan pada objek lain di sekitarnya. Dengan
menggunakan produk ini, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah membaca dokumen ini
dengan teliti dan bahawa anda memahami serta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat
dalam dokumen ini serta semua dokumen yang berkaitan dengan produk ini. Anda bersetuju untuk hanya
menggunakan produk ini untuk tujuan yang sepatutnya. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap tingkah laku anda sendiri semasa menggunakan produk ini dan atas segala
akibatnya. DJI tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan, kecederaan atau apa-apa tanggungjawab
undang-undang yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat daripada penggunaan produk ini.
DJI adalah tanda dagangan SZ DJI TECHNOLOGY CO., LTD. (disingkatkan sebagai "DJI") dan syarikat
gabungannya. Nama produk, jenama dan lain-lain yang terdapat dalam dokumen ini adalah tanda dagangan
atau tanda dagangan berdaftar syarikat pemiliknya masing-masing. Produk dan dokumen ini mempunyai
hak cipta oleh DJI dengan semua hak terpelihara. Tiada bahagian produk atau dokumen ini boleh diterbitkan
semula dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis atau kebenaran DJI terlebih dahulu.
Dokumen ini dan semua dokumen cagaran lain boleh berubah mengikut budi bicara DJI. Untuk
maklumat produk terkini, lawati www.dji.com dan klik pada halaman produk bagi produk ini.
Dokumen ini tersedia dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat perbezaan antara versi yang berlainan,
versi Bahasa Inggeris akan mengatasi.
Baca Sebelum Penggunaan Pertama
Istilah berikut digunakan dalam dokumen ini dan pada label amaran pada produk untuk menunjukkan
pelbagai tahap bahaya yang mungkin berlaku semasa mengendalikan produk ini:
AWAS: Prosedur yang mana, jika tidak diikuti dengan betul, mewujudkan kemungkinan
kerosakan harta benda fizikal DAN kemungkinan kecil kecederaan.
AMARAN: Prosedur yang mana, jika tidak diikuti dengan betul, mewujudkan kemungkinan
kerosakan harta benda, kebinasaan lingkungan dan kecederaan serius ATAU kemungkinan
kecederaan superfisial yang tinggi.
Produk ini mesti dikendalikan secara berhati-hati dan dengan kepakaran. Kegagalan mengendalikan
produk ini dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab boleh mengakibatkan kecederaan
atau kerosakan pada produk atau harta benda lain. Produk ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh mereka yang berumur di bawah 18 tahun. JANGAN ubah produk ini atau gunakan produk ini
dengan komponen yang tidak serasi. Dokumen ini mengandungi arahan untuk keselamatan, operasi
dan penyelenggaraan. Adalah penting untuk membaca dan mengikuti semua arahan serta amaran
di dalam ini, sebelum pemasangan, penyediaan atau penggunaan untuk mengendalikan produk
dengan betul dan mengelakkan kerosakan atau kecederaan serius.
Pengenalan
Bateri Penerbangan Pintar T40/T20P menggunakan sel bateri tenaga tinggi dan sistem pengurusan
kuasa termaju untuk memberikan kuasa tahan lama kepada pesawat AGRAS
dioptimumkan dan reka bentuk pelesapan haba memastikan suhu bateri terkawal dengan berkesan.
Semasa mengecas, Singki Haba Disejukkan Udara DJI membantu menyejukkan bateri, mengurangkan
masa pengecasan dan meningkatkan kecekapan operasi. Bateri Penerbangan Pintar T40 mempunyai
kapasiti 30000 mAh pada voltan nominal 52.2 V, manakala Bateri Penerbangan Pintar T20P mempunyai
kapasiti 13000 mAh dengan voltan yang sama. Rujuk kepada Spesifikasi untuk pesawat yang serasi
untuk setiap model bateri.
Bateri Penerbangan Pintar T40 digunakan sebagai contoh di bawah.
TM
baharu anda. Baca keseluruhan dokumen ini serta semua amalan
TM
. Sel bateri yang
23

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

T20p