kanak-kanak mungkin merosakkan peranti ini dan aksesorinya secara
tidak sengaja, atau tertelan komponen kecil, yang boleh menyebabkan
tercekik.
●
Peranti ini mempunyai penarafan kalis simbah IPX4 menurut standard IEC
60529 dan telah diuji dalam keadaan makmal yang terkawal. Fungsi anti-
simbah tidak berkesan secara kekal dan mungkin berkurangan dengan
rosak rosot harian. Pastikan peranti ini dan aksesorinya terlindung
daripada hujan atau lembapan.
●
Jika peranti ini dan aksesorinya menjadi basah, lapkan ia secepat
mungkin dan letakkan ia di dalam tempat yang sejuk dan berudara untuk
mengeringkannya. Jangan gunakan semula atau cas sehingga ia kering
sepenuhnya.Jauhkan bateri daripada api, panas yang melampau dan
cahaya terus matahari. Jangan letakkan ia di atas atau di dalam peranti
pemanasan. Jangan membuka pemasangan, mengubah suai, membuang
atau menekannya. Jangan masukkan objek asing ke dalamnya,
merendamkannya di dalam cecair, atau mendedahkannya kepada daya
luar atau tekanan, kerana ini boleh menyebabkan ia bocor, menjadi
terlalu panas, terbakar ataupun meletup.
●
Jangan cuba menggantikan bateri sendiri — anda mungkin merosakkan
bateri tersebut, yang boleh menyebabkan kepanasan terlampau,
kebakaran dan kecederaan.
●
Jangan pisahkan bahagian-bahagian atau ubah suai peranti anda dan
aksesorinya. Pemisahan bahagian-bahagian atau pengubahsuaian tanpa
kebenaran boleh mengakibatkan pembatalan waranti kilang.
●
Berhenti menggunakan peranti ini, tutup semua aplikasi, dan putuskan
sambungan semua peranti yang bersambung sebelum melakukan
pembersihan dan penyelenggaraan pada peranti ini.
●
Penukar pengecasan tidak kalis air. Sebelum mengecas, bersihkan titik
sentuh pengecasan pada kaca mata dan titik sentuh logam pada penukar
pengecasan. Jika terdapat sebarang lembapan, lapkan segera sehingga
kering untuk mengelakkan litar pintas.
●
Jangan bilas lengan kaca mata atau lakukan pembersihan ultrasonik pada
kaca mata anda.
●
Jika kulit anda berasa tidak selesa semasa memakai peranti, tanggalkan
dan rujuk kepada doktor.
●
Perisian tegar peranti ini akan mengemas kini secara automatik apabila ia
bersambung ke peranti yang berpasangan sebelumnya dengan peranti
Honor (dikeluarkan sebelum akhir tahun 2020) atau yang berpasangan
sebelumnya dengan peranti Huawei, dan Wi-Fi atau data mudah alih
didayakan. Anda boleh menyahdayakan kemas kini perisian tegar secara
automatik dalam Tetapan.
Huraian kadar penghantaran cahaya kanta optik (berkenaan dengan
kaca mata hitam)
0 Perlindungan yang amat terhad terhadap cahaya matahari yang kuat
1 Perlindungan yang terhad terhadap cahaya matahari yang kuat
2 Perlindungan yang baik terhadap cahaya matahari yang kuat
3 Perlindungan yang kuat terhadap cahaya matahari yang kuat
4 Perlindungan yang amat kuat terhadap cahaya matahari yang kuat, seperti
di pantai, pusat peranginan ski, gunung atau padang pasir
34