Descargar Imprimir esta página

HyperIce Venom 2 Instrucciones De Uso página 152

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 63
AMARAN
UNTUK MENGURANGKAN RISIKO MELECUR, KEJUTAN ELEKTRIK,
KEBAKARAN DAN KECEDERAAN, PRODUK INI MESTILAH DIGUNAKAN
MENGIKUT ARAHAN BERIKUT:
• Gunakan peranti ini hanya untuk tujuan yang diterangkan dalam manual ini.
• Unit ini bukan mainan. Untuk kegunaan orang dewasa sahaja. Jangan
gunakan unit jika anda cedera.
• Jangan biarkan peranti tanpa pengawasan apabila disambungkan
kepada punca kuasa. Pastikan plag peranti ini ditanggalkan daripada
punca kuasa elektrik dengan segera selepas peranti dicas, sebelum
digunakan dan sebelum dibersihkan. Tanggalkan plag daripada punca
kuasa elektrik apabila peranti tidak digunakan dan sebelum mana-
mana komponen peranti disambung atau ditanggalkan.
• Jangan kendalikan peranti di bawah selimut atau bantal. Pemanasan
yang melampau boleh berlaku dan menyebabkan kebakaran, renjatan
elektrik atau kecederaan.
• Jangan sekali-kali kendalikan peranti ini jika kord atau plag peranti
rosak, jika peranti tidak berfungsi dengan betul, jika peranti terjatuh
atau rosak atau jika peranti basah. Kembalikan peranti ke pusat servis
untuk pemeriksaan dan pembaikan.
• Jangan bawa peranti ini dengan memegang kord atau menggunakan
kord sebagai pemegang.
• Jauhkan kord dari permukaan yang panas.
• Jangan sekali-kali jatuhkan atau masukkan objek ke dalam mana-mana bukaan.
• Untuk kegunaan di lokasi yang kering SAHAJA. Jangan gunakan
peranti di luar bangunan atau di atas permukaan yang basah dan
jangan dedahkan peranti kepada air atau hujan.
• Gunakan produk ini mengikut arahan penggunaan dalam lampiran
yang disediakan. Selain lampiran yang disertakan, arahan penggunaan
juga boleh diperoleh melalui hyperice.com.
• Gunakan permukaan yang panas dengan berhati-hati. Risiko
kelecuran yang serius. Jangan gunakan peranti pada kawasan kulit
yang tidak sensitif terhadap haba atau jika peredaran darah tidak
lancar. Penggunaan oleh kanak-kanak atau individu kurang upaya
tanpa pengawasan adalah berisiko.
• Suhu yang cukup tinggi untuk menyebabkan kelecuran boleh dicapai
tanpa mengira tetapan kawalan. Jangan gunakan peranti pada
bayi, golongan kurang upaya, individu yang sedang tidur atau tidak
sedarkan diri. Jangan gunakan pada kulit yang tidak sensitif terhadap
haba atau pada individu dengan peredaran darah yang tidak lancar.
Periksa kawasan kulit yang bersentuhan dengan bahagian peranti yang
panas dengan kerap untuk mengelakkan risiko pelepuhan. Tanggalkan
peranti daripada badan dengan segera dan matikan peranti sebaik
sahaja muncul tanda ketidakselesaan.

Publicidad

loading

Productos relacionados para HyperIce Venom 2