Descargar Imprimir esta página

promethean ActivPanel TP-3025-ML-V03 Guía De Instalación Rápida página 37

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 43
Promethean merupakan pemilik bagi sejumlah tanda dagangan di beberapa bidang kuasa di seluruh dunia. Produk Promethean
yang didokumenkan di dalam panduan ini termasuk aspek yang dilindungi di bawah undang-undang paten, hak cipta, hak cipta
reka bentuk, reka bentuk berdaftar dan tanda dagangan masing-masing.
VESA ialah tanda berdaftar Video Electronics Standards Association.
Apple merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi Apple, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Windows ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan negara-negara
yang lain. Linux ialah tada dagangan berdaftar bagi Linus Torvalds di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Semua tanda dagangan lain kekal sebagai harta pemiliknya masing-masing.
Panduan ini diedarkan di dalam talian. Panduan ini hanya boleh dikeluarkan semula untuk kegunaan dalam institusi tempat produk
digunakan. Untuk kegunaan di luar institusi anda, tiada bahagian daripada panduan ini yang boleh dikeluarkan semula, dihantar,
disimpan dalam sistem dapatan semula atau diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa yang lain tanpa kebenaran awal
daripada Promethean Limited.
Sila ambil perhatian bahawa kandungan dalam panduan ini dilindungi di bawah undang-undang hak cipta. Walaupun setiap
langkah penjagaan telah diambil bagi mengkompilasi panduan ini, Promethean Limited tidak menerima sebarang tanggungjawab
bagi ralat atau kesalahan, atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang terkandung di dalam halaman yang
berikut.
Pematuhan
Amerika Syarikat
Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had bagi alatan digital Kelas B, selari dengan bahagian 15 bagi Peraturan FCC.
Had-had ini direka untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap gangguan berbahaya apabila peralatan ini
dikendalikan dalam persekitaran komersial.
Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh memancarkan tenaga frekuensi radio dan sekiranya tidak dipasang dan digunakan
menurut manual arahan, boleh menyebabkan gangguan berbahaya kepada komunikasi radio.
Pengendalian peralatan ini di kawasan kediaman berkemungkinan menyebabkan gangguan berbahaya yang dalam kes ini
pengguna akan perlu untuk membetulkan gangguan tersebut dengan sendiri.
Jangan buat apa-apa perubahan atau pengubahsuaian kepada peralatan.
Kanada
Barangan digital Kelas B ini mematuhi ICES-003 Kanada.
Cet appareil numérique de la classe B est conforme à la norme NMB-003 du Canada.
Eropah
Promethean dengan ini mengisytiharkan bahawa peralatan ini mematuhi Arahan Voltan Rendah 2014/35/EU dan Arahan
Keserasian Elektromagnet 2014/30/EU.
Alatan ini memenuhi piawaian pematuhan berikut: EN 55032, EN 55024, dan EN 60950-1.
Deklarasi Penuh bagi Keakuan boleh didapati dengan mencari nama bagi model di
Istilah HDMI, HDMI High-Definition Multimedia Interface dan Logo HDMI adalah tanda dagangan
atau tanda niaga berdaftar HDMI Licensing Administrator, Inc.
support.prometheanworld.com
ActivPanel Nickel Quick Install Guide
37

Publicidad

loading