Menyediakan kuasa sandaran kepada peranti (untuk sistem dengan input AC dan DC)
AMARAN
Dalam konfigurasi ini, Stellar menarik kuasa daripada pek bateri terlebih dahulu
sehingga selesai dinyahcas sepenuhnya dan tidak akan dicas semula. Akibatnya,
apabila semua kuasa telah dinyahcas daripada pek bateri, pek bateri ini tidak
akan bertindak sebagai sandaran AC.
Rujuk ilustrasi E.
1.
Pilih voltan output yang betul untuk peranti anda dengan menggunakan pemilih
output voltan dari panel belakang pek bateri.
2. Sambungkan kabel DC yang sesuai ke pek bateri.
3. Sambungkan bahagian hujung kabel DC yang satu lagi ke peranti.
4. Sambungkan kord kuasa AC ke bahagian belakang peranti.
5. Sambungkan palam pada bahagian hujung kord kuasa AC yang satu lagi ke salur
keluar sesalur kuasa.
6. Tetapkan suis hidup / mati DC kepada hidup.
Perhatian:
•
Apabila menguasakan peranti dengan kerap, periksa tahap cas pek bateri.
•
Sekiranya anda nampak sebarang perubahan yang tidak dapat diterangkan pada
peranti (pek bateri / kit pengganding / penyesuai PSU / kabel DC), tanda-tanda
kemerosotan yang menjejaskan prestasi, atau jika penutup telah rosak, hentikan
penggunaan dan hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda.
Menggunakan dua bateri
Rujuk ilustrasi F.
1.
Letakkan satu pek bateri di atas pek bateri yang satu lagi.
Jika perlu, gunakan tali Velcro untuk menetapkan kedudukan pek bateri.
2. Pasangkan kabel pengganding pek bateri ke setiap port input / output DC. Kabel
pengganding pek bateri ditandakan dengan label '1' (utama) dan '2' (simpanan).
3. Apabila mengecas dua pek bateri, pasangkan penyesuai unit bekalan kuasa ke
palam DC dan sambungkan penyesuai ke pengganding pek bateri.
Apabila menguasakan peranti, sambungkan kabel DC peranti ke bahagian hujung
pengganding pek bateri. Pek bateri utama membekalkan kuasa ke peranti dan pek
bateri simpanan akan mengambil alih apabila pek bateri utama ditanggalkan atau
ternyahcas.
Penunjuk
Rujuk ilustrasi B.
Pek bateri menyediakan LED untuk menunjukkan keadaan operasi semasa.
Penunjuk LED
Tahap cas pek bateri
Satu cahaya kuning jingga
berkelip (amaran boleh dengar
berbunyi secara berterusan)
(B-6)
1
Status
Kurang daripada 5%
Bahasa Melayu 3