Arahan Pencucian Menggunakan Mesin Pencuci Pinggan Mangkuk
Selain cucian tangan, topeng boleh dicuci dalam pencuci pinggan mangkuk sekali
seminggu.
Langkah berjaga-jaga: Gunakan hanya bahan cuci pinggan mangkuk yang
tidak begitu kuat untuk mencuci topeng.
1. Keluarkan bahagian fabrik. Jangan cuci bahagian fabrik dalam mesin pencuci
pinggan mangkuk.
2. Cuci dalam bahagian rak atas pencuci pinggan mangkuk.
Nota: Jangan gunakan kitaran pengering pada pencuci pinggan mangkuk.
3. Keringkan topeng pada udara bilik. Pastikan topeng kering sebelum digunakan.
Langkah berjaga-jaga: Jangan gunakan peluntur, alkohol, larutan cucian yang
mengandungi peluntur atau alkohol, atau larutan cucian yang mengandungi perapi
atau pelembap.
6 Memasang dan Membuka
Memasang topeng
Petua: Jajarkan segi tiga di atas kusyen dan
bingkai untuk memastikan pemasangan
yang betul.
1. Kusyen: Tekan ke dalam bingkai topeng
sehingga kusyen klik pada tempatnya.
Nota: Hujung kusyen dan pembukaan
bingkai topeng ialah bentuk 'D'. Hujung
kusyen hendaklah padan dengan bingkai.
2. Siku: Masukkan ke dalam bahagian atas
bingkai topeng.
3. Tiub pelepasan pantas: Tekan tiub pelepasan
pantas ke atas siku sehingga ia klik pada
tempatnya.
4. Sarung fabrik: Balut sarung sekeliling bingkai
topeng dan tekan jalur bersama-sama.
Nota: Kelim sarung patut berada di luar bingkai.
5. Pelindung kepala: Gelongsorkan tab ke
dalam slot pada bingkai topeng dan lipat ke
belakang.
Nota: Logo Philips Respironics berada di luar
dan menghadap ke atas apabila dipasang
dengan betul.
9
9
10
10
277