Arahan pemasangan
MY
BACA DAN SIMPAN ARAHAN INI
PANDUAN KESELAMATAN PENTING
SEBELUM MEMASANG ATAU MENGGUNAKAN PERALATAN
INI, BACA SEMUA ARAHAN DAN TANDA AWASAN YANG
TERKANDUNG DALAM ARAHAN PEMASANGAN DAN
MANUAL PENYELENGGARAAN.
Semasa menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga
asas hendaklah dipatuhi, termasuk yang berikut:
AMARAN
BAGI MENGURANGKAN RISIKO KEBAKARAN, RENJATAN
ELEKTRIK ATAU KECEDERAAN TERHADAP INDIVIDU, PATUHI
PERKARA-PERKARA BERIKUT:
1. Perkakas Dyson ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan dari
segi fizikal, deria atau mental, atau tiada pengalaman dan
pengetahuan, melainkan diawasi atau diberikan arahan
oleh orang yang bertanggungjawab berkenaan penggunaan
perkakas untuk memastikan merek boleh menggunakannya
dengan selamat.
2. Sebelum menservis atau membersihkan perkakas, matikan
kuasa panel servis. Pastikan suis dikunci untuk mengelakkan
kuasa daripada dihidupkan secara tidak sengaja. Sekiranya
alat mematikan kuasa tidak dapat dikunci, pasangkan peranti
amaran yang jelas, seperti tag, pada panel servis.
3. Jangan gunakan pengapan semasa memasangkan perkakas
pada dindind.
4. Jangan pasang di atas alat pemanas.
5. Altitud maksimum penggunaan ialah 2,300 meter.
6. Saiz dawai plumbum yang digunakan untuk sambungan
pendawaian (termasuk plumbum pembumian) tidak boleh lebih
kecil daripada 18AWG.
JANGAN GUNAKAN SEBARANG PERALATAN BASUH JET UNTUK
MEMBERSIHKAN PADA ATAU BERDEKATAN PERKAKAS INI.
AMARAN
SEMUA KERJA PEMASANGAN DAN PEMBAIKAN ELEKTRIK MESTI
DIJALANKAN OLEH JURUELEKTRIK YANG BERTAULIAH ATAU
JURUTERA PERKHIDMATAN BIDANG DYSON MENGIKUT KOD
ATAU PERATURAN TEMPATAN.
AWAS
Pengering tangan anda harus dipasang di dalam bangunan.
Julat suhu operasi adalah 0°C (32°F) sehingga 40°C (104°F).
Bagi mengurangkan risiko kebakaran atau renjatan elektrik,
jangan dedahkan mekanisme/komponen dalaman unit ini
kepada lembapan.
145