C
6
Letakkan penyaring di dalam pengumpul pulpa.
Sentiasa periksa penyaring sebelum menggunakannya. Jika anda
mengesan sebarang keretakan atau kerosakan, jangan guna perkakas itu
dan hubungilah pusat servis Phillips yang terdekat atau bawa perkakas
itu kepada pengedar.
C
7
Tempatkan penutup pada pengumpul pulpa.
Pastikan bahawa cangkuk pada penutup muat ke dalam lubang pada
pengumpul pulpa.
8
Katupkan kedua-dua penyelak ke atas penutup untuk
menguncinya dalam kedudukan itu (klik).
9
Tempatkan cawan jus ataupun gelas di bawah muncung itu.
10
Masukkan palam ke dalam soket dinding.
Bahan dan petua
- Gunakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia
mengandungi jus yang lebih. Nenas, ubi bit, batang saderi, epal, timun,
lobak, bayam, tembikai, tomato, oren dan buah anggur semuanya
sesuai diproses dalam penyari jus.
- Anda tidak perlu mengupas kulit-kulit buah yang nipis. Hanya kulit
tebal, contohnya kulit buah oren, nenas dan ubi bit yang tidak dimasak
perlu dikupas. Empulur putih buah-buahan sitrus juga perlu dikupas
kerana rasanya pahit.
- Semasa menyediakan jus epal, beringatlah bahawa kepekatan jus epal
bergantung kepada jenis epal yang digunakan. Semakin berjus epal itu,
semakin cair jus yang dihasilkan. Pilihlah epal yang akan menghasilkan
jenis jus yang anda suka.
- Jus epal cepat bertukar menjadi warna coklat. Anda boleh
melambatkan proses ini dengan menambahkan beberapa titik jus
lemon.
- Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado,
pisang salai dan mangga tidak sesuai untuk diproses di dalam penyari
jus. Gunakan pemproses makanan, blender atau blender bar untuk
memproses buah-buahan ini.
- Daun-daun dan batang daun, contohnya pada salad juga boleh
diproses di dalam penyari jus.
- Minum jus dengan serta-merta selepas disari. Jika ia didedahkan
kepada udara untuk beberapa waktu, jus itu akan kehilangan rasa dan
nilai pemakanannya.
BAHASA MELAYU
33