Bahasa Malaysia//Panduan Pemasangan Ringkas - Abit AX78 Manual De Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

4.17 Bahasa Malaysia//Panduan Pemasangan Ringkas

"Panduan Pemasangan Ringkas" ini hanya mengandungi
maklumat perkakasan asas yang anda mungkin perlu
semasa memasang papan induk abit anda. Untuk
pengendalian lanjutan, anda perlu rujuk ke versi
lengkapnya.
Langkah Berjaga-jaga bagi Penyediaan Perkakasan
Sentiasa matikan bekalan kuasa dan keluarkan kord kuasa
dari alur keluar AU sebelum memasang papan atau
menukarkan apa-apa pengesetan.
Bumikan diri anda dengan sempurna dengan memakai
pengikat tangan keselamatan statik sebelum mengeluarkan
papan dari beg anti-statik.
Pegang bahagian tepi papan.. Elak daripada menyentuh
apa-apa komponen di atasnya.
Elak daripada menyentuh modul penghubung dan cip-cip IC.
Letakkan papan pada permukaan anti statik yang telah
dibumikan atau di atas beg anti statik papan itu.
Memasang Papan Ke Casis
Casis komputer bagi papan induk ini harus:
Menampung faktor bentuk papan induk ini.
Menyokong semua kabel penyambung pada papan induk
termasuk penunjuk dan suis pada casis.
Dapat membekalkan kuasa dan ruang yang mencukupi bagi
semua pemacu yang anda ingin pasang.
Templat I/O di panel belakang sepadan dengan port I/O dan
lubang alur tambahan pada papan induk.
Untuk memasang papan induk ke dalam casis, anda harus:
Hadapkan bahagian sisi port I/O ke bahagian belakang
casis.
Kenal pasti lokasi lubang-lubang skru pada kedua-dua tapak
papan induk dan casis.
Letakkan semua stad atau peruang yang diperlukan pada
tapak casis dan ketatkannya.
Bariskan semua lubang skru di atas papan induk agar
sejajar dengan stad atau peruang pada casis.
Ketatkan semua skru.
Untuk mengelak daripada berlaku litar pintas pada litar
PCB, sila KELUARKAN semua stad atau peruang logam
sekiranya ia sudah dipasang pada tapak casis dan tidak
ada lubang cagak untuk disejajarkan pada papan induk ini.
Padamkan Pelompat CMOS
Pelompat ini digunakan untuk memadamkan ingatan CMOS
untuk pengesetan semula kandungan BIOS. Anda mungkin
perlu memadamkan ingatan CMOS sekiranya pengesetan
BIOS tidak betul dan mengelak papan induk anda daripada
berfungsi.
Untuk memadamkan ingatan CMOS, tanggalkan semua kabel
kuasa dari papan induk, pasangkan tukup pelompat pada
pengesetan "Clear CMOS" untuk beberapa saat, kemudian
pasangkan semula tukup pelompat ke pengesetan "Normal".
Selepas bekalan kuasa disambung semula dan anda telah
reboot komputer, kandungan BIOS akan diset semula kepada
tata rajah lalainya.
Menyambungkan Komponen-komponen Casis
Bekalan Kuasa ATX: [ATXPWR1], [ATX12V1]
Penyambung KIPAS: [CPUFAN1], [SYSFAN1], [AUXFAN1],
[NBFAN1]
Penyambung Panel Depan: [FPIO1]
[HLED]: Sambungkan ke kabel HDD LED.
AX78
[RST]: Sambungkan ke kabel Suis Pengesatan Semula.
[SPKR]: Sambungkan ke kabel Sistem Pembesar Suara.
[SLED]: Sambungkan ke kabel Gantung LED.
[PWR]: Sambungkan ke kabel Suis Kuasa.
[PLED]: Sambungkan ke kabel Kuasa LED.
Port Kepala USB Tambahan: [FP-USB1], [FP-USB2]
Kepala Port Tambahan IEEE1394: [FP-1394-1], [FP-1394-2]
Panel Depan Kepala Penyambung Audio: [FP-AUDIO1]
Penyambung Audio Dalam: [CD1], [AUX1]
Memasang CPU dan Pasangan Penenggelam Haba
Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan bagi Unit Pemprosesan
Pusat (CPU) dan pasangan penenggelam habanya, dan setiap
satu dengan cara pemasangan yang berlainan, sila ikut arahan
pemasangan yang terdapat pada bungkusan produk yang telah
dibeli, CPU merupakan satu peranti elektronik halus yang
mengeluarkan haba yang banyak semasa berfungsi. Sila
teruskan dengan berhati-hati.
Selepas pemasangan penenggelam siap dipasang pada
pemproses, sambungkan kuasa bagi pendingin kipas CPU
kepada penyambung [CPUFAN1] pada papan induk.
Memasang Modul Ingatan
Tolak selak pada kedua-dua bahagian sisi slot ke bawah.
Sejajarkan modul ingatan dengan slot. Slot akan berkunci
dengan takuk sementara modul ingatan akan berkunci
dengan potongan supaya ia hanya dapat dipasang dalam
satu arah.
Pasangkan modul ingatan ke dalam slot dengan
menekannya ke bawah dengan kukuh. Slot akan menyelak
tuil ke atas secara automatik dan mencangkuk bahagian tepi
modul ingatan.
Untuk mengeluarkan modul ingatan, tolak selak pada
kedua-dua bahagian slot ke bawah secara serentak,
kemudian tarik keluar modul ingatan.
Menyambung Peranti Storan
Menyambung Pemacu Cakera Liut: [FDC1]
Menyambung Pemacu Cakera Keras IDE: [IDE1], [IDE2]
Menyambungkan Pemacu Cakera Keras Bersiri ATA:
[SATA1] ~ [SATA4]
Sambungan Panel Belakang
Mouse: Sambungkan ke tetikus PS/2.
Keyboard: Sambungkan ke papan kekunci PS/2.
LPT1: Sambungkan pencetak atau peranti-peranti yang
menyokong protokol komunikasi selari.
COM1: Sambungkan ke modem luar, tetikus atau peranti
lain yang menyokong protokol komunikasi bersiri.
OPT-IN1: Penyambung ini adalah sambungan masuk
S/PDIF melalui fiber optik dari alat-alat multimedia digital
OPT-OUT1: Penyambung ini adalah sambungan keluar S/
PDIF melalui fiber optik ke alat-alat multimedia digital
AUDIO1: Penyambung ini adalah audio 7.1-channel
sambungan masukan/keluaran
IEEE1394: Sambungkan ke peranti yang berprotokol
IEEE1394.
LAN1: Sambungkan ke Rangkaian Kawasan Tempatan
(LAN).
USB1/USB2: Sambungkan ke peranti USB seperti
pengimbas , pembesar suara digital, monitor, tetikus, papan
kekunci, hab, kamera digital, kayu bedik dan sebagainya.
4-17

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Fatal1ty f-190hd

Tabla de contenido