BAHASA MALAYSIA
PENTING:
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN
UNTUK RUJUKAN DI MASA HADAPAN
Ikuti semua amaran dan arahan
pemasangan dengan berhati-hati. JANGAN
guna buaian sehingga dipasang sepenuhnya.
AMARAN!
─
Muatan berat maksima ialah 120
kg/265 lb.
─
Pasang buaian agar titik terendah tidak
lebih daripada 60 sm dari atas tanah.
─
JANGAN pasang di atas konkrit, asfalt,
tanah yang dipadatkan, atau lain-lain
permukaan keras. Terjatuh boleh
menyebabkan kecederaan serius kepada
pengguna.
─
SELALU periksa buaian, tali dan
kancing yang diguna sebelum setiap
penggunaan.
─
Kanak-kanak tidak sepatutnya
mengguna buaian tanpa seliaan orang
dewasa.
─
Arahkan kanak-kanak agar tidak berjalan
atau bermain berdekatan buaian ketika
ia berayun.
─
JANGAN masuk atau keluar dari buaian
ketika ia berayun.
─
JANGAN guna buaian jika bahagian
patah, koyak atau hilang. JANGAN
gantikan bahagia. hubungi gedung IKEA
terdekat untuk bahagian gantian.
Arahan penjagaan
Pembersihan: Basuh dengan tangan dalam
air suam 40°C (104°F). Elak cangkuk logam
daripada basah, Tampatkan buaian dan tali
di dalam baldi besar atau tab yang berisi air
suam. Tambahkan cecair pencuci lembut dan
gunakan berus lembut untuk menanggalkan
sebarang kesan. Bilas betul-betul.
Keringudarakan di atas permukaan rata.
Penstoran: Bila kerap tidak digunakan,
simpan buaian di tempat nyaman, kering di
dalam rumah. Di akhir musim. basuh dan
kering buaian betul-betul sebelum disimpan.
Amaran/arahan tambahan
Amaran/arahan tambahan ketika
menggunakan pendiri buaian GÅRÖ.
Pasang pendiri buaian GÅRÖ dan lekapkan
buaian RISÖ mengikut arahan yang
disediakan.
AMARAN!
─
Tempatkan pendiri yang terpasang
dengan buaian di atas permukaan yang
rata dan seimbang di jarak yang selamat
daripada objek lain atau halangan.
─
Kerap periksa kancing untuk keketatan
dan ketatkan semula jika perlu.
─
JANGAN terlalu ayun buaian kerana akan
menyebabkan buatan tak stabil.
─
JANGAN guna pendiri jika bahagian
patah atau hilang. jANGAN ganti
bahagian. Hubungi stor IKEA terdekat
untuk bahagian gantian.
36