Canon imageCLASS MF269dw Introducción página 94

Ocultar thumbs Ver también para imageCLASS MF269dw:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 44
Lampiran
Tentang Manual Ini
Kekunci dan Butang yang Digunakan dalam
Manual Ini
Simbol dan nama kekunci yang berikut adalah
beberapa contoh cara kekunci harus ditekan
dinyatakan dalam manual ini.
• Kekunci panel operasi: [Ikon kekunci]
Contoh:
• Paparan: <Tentukan destinasi.>
• Butang dan item pada paparan komputer:
[Preferences] (Keutamaan)
Ilustrasi dan Paparan yang Digunakan dalam
Manual Ini
Ilustrasi dan paparan yang digunakan dalam
manual ini adalah imageCLASS MF269dw kecuali
dinyatakan.
Tanda Dagangan
Mac ialah tanda dagangan Apple Inc.
Microsoft, Windows, Windows Vista, Windows
Server, Internet Explorer, Excel dan PowerPoint
ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda
dagangan Microsoft Corporation di Amerika
Syarikat dan/atau negara-negara lain.
Nama produk dan syarikat lain dalam ini mungkin
tanda dagangan pemilik masing-masing.
Perisian Pihak Ketiga
Produk Canon ini ("PRODUK") merangkumi modul
perisian pihak ketiga. Penggunaan dan
pengedaran modul perisian ini, termasuk
sebarang kemas kini modul perisian tersebut
(secara kolektif, "PERISIAN") adalah tertakluk pada
syarat lesen (1) hingga (9) di bawah.
(1) Anda bersetuju bahawa anda akan mematuhi
apa-apa undang-undang, sekatan atau
peraturan kawalan eksport yang berkaitan
bagi negara yang terlibat sekiranya PRODUK
ini termasuk PERISIAN dihantar, dipindahkan
atau dieksport ke mana-mana negara.
(2) Pemegang hak PERISIAN mengekalkan
sepenuhnya hak milik, pemilikan dan hak
harta intelektual dalam dan kepada PERISIAN.
Kecuali dinyatakan dengan jelas dalam ini,
tiada lesen atau hak, secara nyata atau tersirat,
dengan ini disampaikan atau diberikan oleh
pemegang hak PERISIAN kepada anda untuk
mana-mana harta intelektual pemegang hak
PERISIAN.
(3) Anda boleh menggunakan PERISIAN
semata-mata untuk penggunaan dengan
PRODUK.
(4) Anda tidak boleh menyerahkan, memberikan
sublesen, memasarkan, mengedarkan atau
memindahkan PERISIAN kepada mana-mana
pihak ketiga tanpa izin bertulis terlebih dahulu
daripada pemegang hak PERISIAN.
(5) Walau apa pun yang disebut di atas, anda
boleh memindahkan PERISIAN hanya apabila
(a) anda menyerahkan semua hak anda
kepada PRODUK dan semua hak dan
kewajipan di bawah syarat lesen kepada
penerima pindahan dan (b) penerima
pindahan tersebut bersetuju untuk terikat
dengan semua syarat ini.
(6) Anda tidak boleh menyahkompil, melakukan
kejuruteraan balikan, memisahkan bahagian-
bahagiannya atau sebaliknya mengurangkan
kod PERISIAN kepada bentuk yang boleh
dibaca oleh manusia.
(7) Anda tidak boleh mengubah suai,
Ms
menyesuaikan, menterjemah, menyewa,
memajakkan atau meminjam PERISIAN atau
mencipta kerja terbitan berdasarkan PERISIAN.
(8) Anda tidak berhak untuk membuang atau
membuat salinan berasingan PERISIAN
daripada PRODUK.
94
(9) Bahagian PERISIAN yang boleh dibaca oleh
manusia (kod sumber) tidak dilesenkan
kepada anda.
Walaupun terdapat (1) hingga (9) di atas, PRODUK
merangkumi modul perisian pihak ketiga yang
disertakan dengan syarat lesen lain, dan modul
perisian ini adalah tertakluk pada syarat lesen lain
itu.
Sila rujuk syarat lesen lain modul perisian pihak
ketiga yang diterangkan dalam Lampiran Manual
untuk PRODUK berkenaan. Manual ini tersedia di
http://canon.com/oip-manual.
Dengan menggunakan PRODUK ini, anda akan
dianggap bersetuju dengan semua syarat lesen
yang dikenakan. Jika anda tidak bersetuju dengan
syarat lesen ini, sila hubungi wakil perkhidmatan
anda.
V_180118

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Imageclass mf266dnImageclass mf264dwImageclass mf261d

Tabla de contenido