Kandungan
1. Langkah-langkah keselamatan .....................................................................................................................................1
Untuk Seksyen 2 dan seksyen selepas itu, semak laman web.
Mengenai Plasma Quad Connect
● Sesetengah penyaman udara bilik tidak boleh dicantumkan pada Plasma Quad Connect.
Sila pastikan penyaman udara bilik itu boleh digunakan sebelum cuba mencantumkannya.
1. Langkah-langkah keselamatan
● Baca semua Arahan Keselamatan sebelum
menggunakan peranti ini.
● Manual ini mengandungi maklumat penting tentang
kesihatan.
Pastikan arahannya dipatuhi.
[Langkah-langkah terhadap pemasangan]
(Pengendalian yang tidak sempurna boleh mendatangkan kesan buruk yang serius,
■ Pengguna akhir tidak sepatutnya memasang
Plasma Quad Connect, ia direka untuk Pemasangan
profesional sahaja.
Pemasangan yang tidak sempurna boleh
mengakibatkan kebakaran, renjatan elektrik atau
kerosakan/ketirisan air sekiranya unit Plasma Quad
Connect terjatuh. Mintalah nasihat daripada wakil
penjual di tempat anda membeli unit tersebut atau
pemasang profesional.
■ Plasma Quad Connect harus dipasang dengan
kemas mengikut Arahan Pemasangan yang
dilampirkan.
Pemasangan yang tidak sempurna boleh
mengakibatkan kebakaran, renjatan elektrik atau
kerosakan sekiranya unit Plasma Quad Connect
terjatuh.
■ Unit harus dilekapkan di lokasi yang boleh
menampung beratnya.
Jika dipasang di kawasan yang tidak boleh menampung
unit tersebut, Plasma Quad Connect boleh terjatuh dan
menyebabkan kerosakan.
■ Lekapkan supaya sambungan terminal tidak tertarik
keluar atau menjadi tegang akibat pendawaian.
Sambungan dan lekapan yang tidak sempurna boleh
mengakibatkan litar terputus, penghasilan haba,
penghasilan asap atau kebakaran.
■ Pasangkan penutup dengan kemas pada unit
Plasma Quad Connect.
Jika penutup unit Plasma Quad Connect tidak dipasang
dengan kemas, habuk atau air boleh menembus masuk,
lalu mengakibatkan kebakaran atau renjatan elektrik.
Halaman 1, 2
● Selepas memasang Plasma Quad Connect, berikan
Amaran
termasuk kecederaan serius atau kematian.)
■ Unit Plasma Quad Connect harus disambungkan
pada kadar bekalan kuasa yang betul.
Penyambungan yang melebihi voltan terkadar boleh
mengakibatkan kerosakan atau kebakaran.
■ Komponen Mitsubishi atau komponen lain yang
ditetapkan mestilah digunakan untuk pemasangan.
Komponen yang tidak sempurna boleh mengakibatkan
kebakaran, renjatan elektrik atau kerosakan/ketirisan air
sekiranya unit Plasma Quad Connect terjatuh.
■ Kerja elektrik mesti dilakukan oleh jurutera elektrik
berkelayakan dan/atau kakitangan bertauliah
mengikut kawal atur tempatan dan arahan yang
diperincikan di dalam manual pemasangan.
Kapasiti litar yang tidak mencukupi atau pemasangan
yang tidak sempurna boleh mengakibatkan renjatan
elektrik atau kebakaran.
■ Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh individu
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari
segi fizikal, deria atau mental ataupun kurang
pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah
dipantau atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh individu yang bertanggungjawab
terhadap keselamatan mereka.
■ Perkakas ini hendaklah dipasang menurut kawal
atur pendawaian kebangsaan.
■ Jika kord bekalan rosak, ia mestilah diganti oleh
pengeluar, ejen servis mereka atau individu yang
berkelayakan sama bagi mengelakkan sebarang
mudarat.
Manual Pemasangan ini kepada pengguna. Arahkan
pengguna untuk menyimpannya bersama Manual
Arahan dan Waranti penyaman udara bilik mereka di
lokasi yang selamat.
ms
MS-1