Bahasa MElayu
54
-
Jangan gunakan pembersih vakum atau pengecas sekiranya ianya
rosak.
-
Pengecas dan penyesuai tidak boleh digantikan. Jika pengecas atau
penyesuai rosak, perkakas mesti dibuang.
-
Plag penyesuai mengandungi transformer. Jangan potong plag
penyesuai untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana
ini akan menimbulkan situasi berbahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi
atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
awas
-
Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan
pengecas.
-
Hanya cas pembersih vakum dengan pengecas yang disediakan.
Semasa pengecasan, penyesuai terasa panas apabila disentuh. Ini
adalah biasa.
-
Selalu mematikan pembersih vakum selepas penggunaan.
-
Voltan pada jalur sesentuh di dalam unit pengecasan adalah rendah
(maks. 12 volt) maka ia tidak berbahaya.
-
Jangan sekali-kali menghalang bukaan udara ekzos semasa memvakum.
-
Matikan perkakas apabila anda mengecasnya semula.
-
Selalu gunakan pembersih vakum dengan unit turas yang dipasang.
-
Untuk mengelak risiko kejutan elektrik, berhati-hati apabila
menggerudi lubang pada dinding untuk memasang unit pengecasan,
terutamanya jika berhampiran dengan soket dinding.
-
Cas, simpan dan gunakan perkakas pada suhu di antara 5°C dan
35°C.
-
Jangan buka atau melitar pintaskan bateri. Lindungi bateri daripada
kebakaran, haba dan cahaya matahari langsung.