Bahasa Melayu - Philips Daily Collection HD9300/13 Manual Del Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles

Idiomas disponibles

BAhAsA MELAyu

Anda boleh memanjangkan usia cerek dengan menanggalkan kerak secara tetap.
Kami mengesyorkan kekerapan menanggalkan kerak berikut:
-
Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut (sehingga 18 dH).
-
Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada 18dH).
Untuk menanggalkan kerak, ikuti langkah 1 hingga 6 berikut.
Gunakan cuka putih dalam langkah 5.
Bilas dan rebus dua kali (langkah 7-10) untuk membuang semua cuka.
Petua: Untuk tanggalkan kerak pada penuras, angkatkannya dari pemegang dan
letakkannya di bahagian bawah cerek sebelum anda mula menanggalkan cerek.
Nota: Biarkan perkakas menyejuk secukupnya sebelum anda membersihkan
penuras.
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan tenggelamkan perkakas atau tapaknya ke dalam air atau cecair lain.
amaran
-
Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan
voltan sesalur kuasa tempatan anda.
-
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa, tapak atau
perkakas itu sendiri rosak.
-
Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak
bagi mengelakkan bahaya.
-
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
-
Jauhkan perkakas dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan
kord sesalur tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord
yang berlebihan boleh disimpan di dalam atau di keliling tapak perkakas.
-
Hanya gunakan cerek dengan tapak asalnya.
-
Jauhkan kord, tapak dan perkakas daripada permukaan panas.
-
Jangan letak perkakas di atas permukaan yang tertutup (cth. dulang
hidangan), kerana ini boleh menyebabkan air berkumpul di bawah
perkakas, mengakibatkan situasi yang berbahaya.
-
Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur yang parah.
Berhati-hati semasa cerek mengandungi air panas.
-
Jangan sekali-kali isikan cerek sehingga melebihi penunjuk paras
maksimum. Jika cerek terlebih diisi, air yang sedang mendidih mungkin
terpancut keluar dari muncung dan menyebabkan kelecuran.
-
Jangan buka tudung semasa air sedang memanas. Berhati-hati apabila
anda membuka tudung sejurus selepas air telah mendidih: stim yang
keluar dari cerek sangat panas.
Awas
-
Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang kering, rata dan
stabil pada setiap masa.
-
Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan.
-
Jangan sentuh badan cerek semasa dan beberapa ketika selepas
menggunakannya, kerana ia sangat panas. Sentiasa pegang cerek pada
pemegangnya.
-
Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan air. Jangan gunakannya
untuk memanaskan sup atau cecair lain, atau pun makanan di dalam
balang, botol atau tin.
-
Sentiasa pastikan air di dalam cerek menutupi sekurang-kurangnya
bahagian bawah cerek untuk mengelakkan cerek daripda mengering.
-
Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil mungkin
muncul pada unsur pemanas cerek apabila anda menggunakannya.
Fenomena ini adalah hasil penimbunan kerak pada unsur pemanas dan pada
permukaan dalam cerek selepas beberapa lama. Semakin tinggi keliatan air,
semakin cepat kerak menimbun. Kerak boleh berlaku dalam warna-warna
yang berbeza. Walaupun kerak tidak berbahaya, terlalu banyak kerak boleh
mempengaruhi prestasi cerek anda. Tanggalkan kerak cerek anda secara
kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam manual pengguna.
-
Sedikit pemeluwapan akan terjadi pada dasar cerek. Ini adalah biasa dan
tidak bermakna yang cerek mempunyai apa-apa kecacatan.
-
Pemasak nasi ini direka untuk digunakan di dalam rumah atau penggunaan
yang serupa seperti: kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan
persekitaran kerja lain; rumah ladang; oleh klien di hotel, motel dan
persekitaran jenis kediaman lain; dan persekitaran jenis inap-sarapan.
Perlindungan masak-kering
Cerek ini dilengkapi dengan perlindungan masak kering. Perlindungan masak
kering matikan cerek secara automatik jika ia dihidupkan secara tidak sengaja
atau apabila tiada air atau tiada air yang cukup di dalamnya. Isikan cerek
dengan air kira-kira 1 liter. Tunggu selama 1 minit dan letakkan kembali cerek
pada tapaknya. Cereka kini sedia digunakan sekali lagi.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk digunakan
berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Memesan aksesori
Untuk membeli aksesori perkakas ini, sila lawati kedai dalam talian kami di
www.shop.philips.com/service. Jika kedai dalam talian tidak tersedia di
negeri anda, pergi ke pembekal Philips atau pusat khidmat Philips. Jika anda
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi perkakas anda,
sila hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh
mendapati nombor telefonnya dalam risalah jaminan sedunia.
Alam sekitar
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
,
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 1).
Jaminan & servis
Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika
anda mempunyai masalah, sila lawati laman web Philips di
www.philips.com/support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips
di negara anda. Anda boleh mendapatkan nombor telefonnya dalam risalah
jaminan serata dunia. Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara
anda, pergi kepada wakil pengedar Philips di tempat anda.
POrtuGuês
Uma descalcificação regular prolonga a vida do jarro.
Recomendamos a seguinte frequência de remoção do calcário:
-
Uma vez a cada 3 meses nas zonas com água menos dura (até 18 dH).
-
Uma vez todos os meses nas zonas onde a água for dura (mais de 18 dH).
Para remover o calcário execute os passos 1 a 6 abaixo.
Utilize vinagre branco no passo 5.
Enxagúe e ferva duas vezes (passos 7-10) para eliminar todo o vinagre.
Sugestão: Para descalcificar o filtro, levante-o do suporte e coloque-o no fundo
do jarro antes de iniciar a descalcificação do jarro.
Nota: Deixe o aparelho arrefecer antes de limpar o filtro.
Introdução
Parabéns pela sua compra e bem-vindo à Philips! Para tirar todo
o partido da assistência fornecida pela Philips, registe o seu produto
em www.philips.com/welcome.
Importante
Leia cuidadosamente estas informações importantes antes de utilizar o
aparelho e guarde-o para uma eventual consulta futura.
perigo
-
Não mergulhe o aparelho nem a base em água ou outro líquido.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido