Bahasa MElayu
60
1
Apabila anda telah menggunakan perkakas untuk menyedut cecair
(FC6142 sahaja), sentiasa kosongkan dan keringkan petak habuk
selepas penggunaan.
2
Bersihkan perkakas dan pengecas dengan kain lembap.
Mengosongkan dan membersihkan ruang habuk (FC6145/
FC6144/FC6140)
Pastikan anda mengosongkan dan membersihkan petak habuk secara
tetap.
pembersihan pantas
Untuk mengosongkan petak habuk dengan pantas:
1
Tekan butang pelepas muncung (1) dan cabut muncung boleh
tanggal dari perkakas (2) (Gamb. 11).
2
Goncangkan kandungan bekas habuk ke dalam bakul
sampah (Gamb. 12).
pembersihan menyeluruh
1
Pegang perkakas di atas tong sampah, tekan butang pelepas petak
habuk (1) dan keluarkan petak habuk (2) (Gamb. 11).
2
Keluarkan unit turas dari bekas habuk (Gamb. 13).
3
Kosongkan petak habuk dengan menggoncangkannya dengan tangan
anda yang bebas (Gamb. 14).
4
Jika perlu, bersihkan petak habuk dengan kain yang lembap.
5
Jika perlu, bersihkan unit penuras. Lihat bahagian 'Membersihkan
unit penuras (FC6145/FC6144/FC6140)'.
6
Untuk memasang semula petak habuk, jajarkan slot pada petak
habuk dengan unjuran pada perkakas tersebut. Pertama sekali,
pasang bahagian bawah petak habuk (1) dan kemudian tolak
bahagian atas petak habuk ke arah perkakas (2) sehingga ia berdetap
pada tempatnya ('klik') (Gamb. 15).