Bahasa Malaysia - IKEA TRADFRI Guia De Inicio Rapido

Ocultar thumbs Ver también para TRADFRI:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 5

Bahasa Malaysia

CARA MENGEMUDI PENCAHAYAAN ANDA
Suis pada kord bekalan kuasa anda akan
membolehkan BUKA/TUTUP semua produk yang
disambung pada pemacu TRÅDFRI, tetapi jika anda
ingin memalap atau menyambung produk anda
pada produk pencahayaan Pintar IKEA, anda perlu
membeli peranti kemudi TRÅDFRI yang berasingan
(cth. kawalan jauh).
Peranti kemudi TRÅDFRI perlu berpasangan dengan
pemacu TRÅDFRI. Jika anda ada lebih daripada
satu (1) pemacu anda boleh berpasangan setiap
satu dengan peranti kemudi, agar keseluruhan
gabungan boleh BUKA/TUTUP atau dimalapkan
pada masa yang sama.
Bergantung kepada semudahnya pemacu akan
diakses, sila mengambil kira untuk pemacu
TRÅDFRI berpasangan dengan peranti kemudi
sebelum peletakan muktamad pemacu dan kord.
PERANTI KEMUDI BERPASANGAN PADA
PEMACU ANDA
1. Sambungkan sekurang-kurangnya satu (1)
produk pada pemacu sebelum anda memulakan
berpasangan. Pastikan kord bekalan kuasa
tersambung pada soket kuasa dan dengan itu
suis pada set kord akan BUKA.
2. Kesan simbol berpasangan pada pemacu.
Pegang peranti kemudi hampir dengan simbol
berpasangan (tidak lebih daripada 5 cm jauhnya).
3. Tekan dan tahan butang berpasangan pada
peranti kemudi selama sekurang-kurang 10 saat.
Cahaya merah akan tepancar secara stabil pada
peranti kemudi.
Produk yang tersambung pada pemacu
akan mula memalap dan menyala sekali bagi
menunjukkan pemacu telah berpasangan pada
peranti kemudi.
CARA PENGESETAN SEMULA KILANG
PEMACU ANDA
Jika pemacu tidak bertindak balas atau jika anda
ingin tidak berpasangan pemacu daripada peranti
kemudi, anda boleh membuat pengesetan semula
kilang. Pemacu dipaksa untuk pengesetan
kilang dengan berhati-hati memasukkan hujung
klip atau yang serupa ke dalam lubang kecil
(bertanda RESET) di dalam penutup pemacu dan
menggunakan sedikit tekanan.
PENTING!
• Pemacu untuk kegunaan dalam sahaja dan boleh
digunakan pada julat suhu dari 5ºC hingga 45 ºC.
• Jangan biarkan pemacu di bawah cahaya
matahari langsung atau sebarang sumber haba,
kerana ia menjadi terlebih panas.
• Jangan biarkan pemacu terdedah pada
persekitaran yang basah, lembap atau terlalu
berhabuk kerana ini akan menyebabkan
kerosakan.
• Julat radio yang rasmi antara pemacu dan
peranti kemudi diukur di kawasan terbuka.
Bahan binaan dan peletakan unit yang berbeza-
beza boleh menjejaskan julat kesambungan
tanpa wayar.
ARAHAN PENJAGAAN
Untuk membersihkan pemacu, kesat dengan kain
kering yang lembut.
Jangan sesekali menggunakan pencuci pelelas atau
larutan kimia kerana ia akan merosakkan produk.
PENYELENGGARAAN PRODUK
Jangan cuba memperbaiki produk ini sendiri,
kerana membuka atau menanggalkan penutup
boleh mendedahkan anda kepada titik voltan yang
berbahaya atau risiko-risiko lain.
DATA TEKNIKAL 10W
Jenis: ICPSHC24-10CN-IL-1
Voltan input: 220-240Vac, 50/60Hz
Voltan output: 24.0Vdc
Kuasa output maksimum: 10.0W
Untuk kegunaan dalam sahaja
Julat radio: 10 m di kawasan terbuka.
Frekuensi kendalian: 2405-2480 MHz
Kuasa output: 14 dBm
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat:
Box 702, SE-343 81 Älmhult, SWEDEN
Simbol roda berpangkah menunjukkan item ini
harus dilupuskan berasingan daripada bahan
buangan isi rumah. Item ini sepatutnya diserahkan
untuk dikitar semula selaras dengan peraturan
alam sekitar tempatan untuk pelupusan sampah.
Dengan mengasingkan item bertanda daripada
bahan buangan isi rumah, anda akan membantu
mengurangkan jumlah bunagan yang dihantar
ke tapak pelupusan dan meminimumkan kesan
negatif yang berpotensi ke atas kesihatan manusia
serta alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
12

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido