BaHasa MElayu
42
-
Berhati-hati semasa mengendalikan atau membersihkan unit mata pisau dan cakera gabungan.
Pinggir keratannya sangat tajam. Lebih berhati-hati ketika anda membersihkannya dan ketika anda
mengosongkan mangkuk.
awas
-
Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan, sebelum anda menukar aksesori atau
mendekati bahagian-bahagian yang bergerak semasa penggunaan.
-
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
-
Jangan melebihi kuantiti dan masa memproses yang ditunjukkan dalam jadual.
-
Jangan melebihi penunjuk paras maksimum pada mangkuk.
-
Jangan proses lebih daripada satu kelompok tanpa henti. Biarkan perkakas menyejuk selama lima
minit sebelum anda meneruskan pemprosesan.
-
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
-
Mangkuk tidak sesuai digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
pelindung lampau panas
Perkakas ini dilengkapi pelindung lampau panas. Jika perkakas menjadi terlampau panas, ia mati secara
automatik. tanggalkan plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 5 minit. Kemudian
pasang semula plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding dan hidupkan semula perkakas. Sila hubungi
penjual Philips anda atau pusat servis Philips yang sah jika pelindung lampau panas terlalu kerap
diaktifkan.
sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan makanan sebelum anda
menggunakan perkakas pada kali pertama (lihat bab 'Membersihkan').
Bersedia untuk menggunakan
1
Biarkan bahan yang panas menjadi sejuk sebelum anda memasukkannya ke dalam mangkuk
atau bikar (suhu maks. 80°C).
2
Potong bahan-bahan yang besar menjadi ketulan kecil anggaran 2cm sebelum anda
memprosesnya.
3
Pasangkan perkakas dengan betul sebelum memasukkan plag ke dalam soket dinding.
Menggunakan perkakas
pengisar kendalian tangan
Pengisar tangan dimaksudkan untuk:
-
membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup, bancuhan minuman dan minuman kocak.
-
mencampurkan bahan-bahan lembut, contohnya adunan lempeng atau mayones.
-
memurikan bahan yang telah dimasak, misalnya, untuk menyediakan makanan bayi.
1
Masukkan ramuan ke dalam bikar.
Lihat jadual di bawah untuk kuantiti dan masa memproses yang disarankan.