Peringatan Untuk Keselamatan - Toshiba RAS-22N3KCV Serie Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para RAS-22N3KCV Serie:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 5

PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN

• Jangan pasang, baiki, buka atau tanggalkan penutupnya. Anda mungkin
terdedah kepada bahaya voltan yang tinggi. Minta wakil penjual atau kedai yang
mempunyai pakar untuk melakukannya.
• Walaupun bekalan kuasa ditutup, ini tidak bermakna kejutan elektrik tidak boleh
berlaku.
• Alat ini hendaklah dipasang menurut peraturan pendawaian negara.
• Alat-alat untuk memutuskan sambungan dari bekalan yang mempunyai
pemisahan sentuh sekurangkurangnya 3 mm pada semua kutub mestilah
dipasang dalam pendawaian tetap.
• Jangan biarkan tubuh anda terkena udara sejuk secara terus terlalu lama.
• Jangan masukkan jari anda atau sebarang benda ke dalam saluran masuk/
saluran keluar udara.
• Apabila berlaku keabnormalan (bau terbakar, dsb), hentikan penyaman udara
dan matikan pemutus litar.
• Pemasangan mesti diminta daripada wakil penjual yang membekal atau vendor
pemasangan profesional. Pemasangan memerlukan pengetahuan khusus
dan skil. Jika pelanggan memasangnya sendiri, ia boleh menjadi penyebab
kebakaran, kejutan elektrik, kecederaan atau kebocoran air.
• Jangan pilih tempat untuk pemasangan di mana gas mudah terbakar mungkin
bocor. Jika terdapat kebocoran gas atau pengumpulan di sekitar unit, ia boleh
menjadi penyebab api.
• Jangan HIDUPKAN/MATIKAN pemutus litar atau mengendalikan butang
dengan tangan yang basah. Ia boleh menjadi penyebab kejutan elektrik.
• Jangan nyahpasang, ubah suai atau menempatkan semula unit dengan sendiri.
Ia boleh menjadi penyebab api, kejutan elektrik, atau kebocoran air. Untuk
pembaikan atau penempatan semula, sila minta perkhidmatan daripada wakil
penjual runcit yang membekal atau wakil penjual Toshiba.
• Jangan pilih lokasi untuk pemasangan yang mungkin terdapat air atau
kelembapan berlebihan, seperti bilik mandi. Kemerosotan penebat mungkin
menjadi penyebab kejutan elektrik atau api.
• Apabila menempatkan semula atau membaiki unit, sila hubungi wakil penjual
yang membekal. Apabila terdapat pintalan pada pendawaian, ia boleh menjadi
penyebab kejutan elektrik atau api.
• Apabila berlaku ralat sebegitu (seperti bau terbakar, tiada penyejukan, atau tiada
pemanasan), hentikan operasi unit dan matikan pemutus litar. Operasi berterusan
boleh menjadi penyebab api, atau kejutan elektrik. Sila minta perkhidmatan
daripada wakil penjual runcit yang membekal atau wakil penjual Toshiba.
• Kerja tanah seharusnya diminta daripada wakil penjual yang membekal atau
vendor pemasangan profesional. Kerja pembumian yang tidak lengkap boleh
menjadi penyebab kejutan elektrik. Jangan sambung dawai bumi ke paip gas,
paip air, konduktor kilat, atau dawai bumi telefon.
• Jika saluran keluar paip unit dalaman terdedah akibat penempatan semula,
tutup bukaan tersebut. Menyentuh bahagian elektrik boleh menyebabkan
kecederaan atau kejutan elektrik.
• Jangan masukkan sebarang bahan (logam, kertas, atau air, dsb) ke dalam
saluran keluar udara atau saluran masuk udara. Kipas mungkin berputar pada
kelajuan tinggi di dalam atau terdapat bahagian voltan tinggi, yang boleh
menyebabkan kecederaan atau kejutan elektrik.
• Anda mesti menggunakan saluran keluar kuasa tak bersandar untuk bekalan
kuasa. Jika saluran keluar kuasa lain daripada saluran keluar tak bersandar
digunakan, ia mungkin menyebabkan kebakaran.
• Apabila unit penyaman udara tidak menjadi sejuk atau panas, mungkin
terdapat kebocoran bahan penyejuk. Sila berunding dengan wakil penjual
yang membekal. Bahan penyejuk yang digunakan dalam unit penyaman udara
adalah selamat. Ia tidak akan bocor di bawah keadaan operasi biasa tetapi jika
ia bocor ke dalam bilik dan bersentuhan dengan sumber haba seperti pemanas,
atau dapur, ia mungkin menyebabkan tindak balas berbahaya.
• Apabila air atau bahan asing lain memasuki bahagian dalaman, hentikan
operasi unit dengan serta-merta dan matikan pemutus litar. Membiarkan unit
beroperasi dengan berterusan boleh menyebabkan api atau kejutan elektrik.
Sila hubungi wakil penjual runcit yang membekal untuk pembaikan.
• Jangan bersihkan bahagian dalaman unit penyaman udara dengan sendiri.
Sila minta pembersihan dalaman unit penyaman udara daripada wakil penjual
runcit yang membekal. Pembersihan tidak betul mungkin menyebabkan retakan
pada bahagian resin atau kerosakan penebat bahagian elektrik, menyebabkan
kebocoran air, kejutan elektrik atau api.
• Jangan rosakkan atau ubah suai kabel kuasa. Jangan sambung kabel di
bahagian pertengahan, atau gunakan kord pemanjangan yang dikongsi dengan
peranti lain. Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan api.
• Jangan letakkan objek berat pada kabel kuasa, dedahkannya kepada api, atau
menariknya. Berbuat demikian mungkin menyebabkan kejutan elektrik atau api.
• Perkakasan ini bukan untuk penggunaan orang (termasuk kanak-kanak)
dengan keupayaan fi zikal, deria atau mental yang berkurangan, atau
kekurangan pengalaman atau pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan berkaitan dengan penggunaan perkakasan oleh orang
yang bertanggungjawab akan keselamatan mereka.
• Kanak-kanak mesti diselia untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain
dengan perkakasan.
• Jangan gunakan apa-apa bahan penyejuk selain daripada yang telah ditentukan
sebagai pelengkap atau pengganti . Jika tidak, tekanan yang luar biasa tinggi
mungkin terhasil dalam kitaran penyejukan, yang boleh mengakibatkan
kegagalan atau letupan produk atau kecederaan kepada badan anda.
1
PAPARAN UNIT DALAMAN
TSB 1110650186_(04_MA).indd 11
TSB 1110650186_(04_MA).indd 11
BAHAYA
AMARAN
1
Hi POWER (Hijau)
2
FILTER (Oren)
3
KIPAS-SAHAJA (Oren)
4
TIMER (Kunning)
5
OPERATION (Hijau)
6
Butang RESET
AWAS
• Periksa sama ada pemutus litar dipasang dengan betul. Jika pemutus litar
tidak dipasang dengan betul, ia mungkin menyebabkan kejutan elektrik.
Untuk memeriksa kaedah pemasangan, sila hubungi wakil penjual runcit yang
membekal atau vendor profesional yang telah memasang unit tersebut.
• Apabila menggunakan unit dalam bilik tertutup, atau beroperasi dengan
perkakas pembakaran lain, pastikan untuk membuka tingkap sekali-skala untuk
pengudaraan. Pengudaraan tidak mencukupi mungkin menyebabkan lemas
akibat kekurangan oksigen.
• Elakkan daripada beroperasi untuk jangka masa yang panjang dalam
persekitaran berkelembapan tinggi (lebih 80%) seperti dengan tingkap atau
pintu terbuka. Mungkin terdapat kondensasi pada unit dalaman dan titisan air
boleh jatuh ke atas perabot.
• Apabila unit tidak akan digunakan untuk jangka masa yang panjang, matikan
suis utama atau pemutus litar.
• Disyorkan bahawa penyenggaraan dilakukan oleh pakar apabila unit telah
beroperasi untuk masa yang panjang.
• Sekurang-kurangnya sekali setahun periksa jika meja pemegang unit luaran
rosak atau tidak. Jika keadaan rosak diabaikan, unit mungkin jatuh atau terbalik,
menyebabkan kecederaan.
• Berdiri di atas tangga yang kuat semasa memasang/membuka panel hadapan/
penapis udara/penapis pembersih udara. Kegagalan berbuat demikian boleh
menyebabkan kejatuhan atau kecederaan.
• Jangan berdiri pada unit luaran letakan apa-apa di atasnya. Ia boleh menjadi
penyebab kecederaan akibat jatuh atau terbalik. Sebarang kerosakan kepada
unit mungkin menyebabkan kejutan elektrik atau api.
• Jangan gunakan perkakas pembakaran dalam aliran terus dengan udara
daripada unit penyaman udara. Pembakaran tidak baik daripada perkakas
pembakaran mungkin menyebabkan kelemasan.
• Jangan letakkan apa-apa di sekitar unit luaran atau biarkan daun yang
jatuh untuk berkumpul di sekitarnya. Jika terdapat daun yang jatuh, haiwan
kecil boleh masuk dan bersentuhan dengan bahagian elektrik dalaman,
menyebabkan kegagalan atau api.
• Jangan letakan haiwan atau tumbuh-tumbuhan di tempat di mana udara
daripada unit penyaman udara mengalir secara terus. Ia mungkin menyebabkan
pengaruh negatif pada haiwan atau tumbuh-tumbuhan.
• Pastikan air yang disalirkan dibuang. Apabila proses pembuangan air tidak
mencukupi, air mungkin bocor, menyebabkan kerosakan air pada perabot.
Untuk memeriksa sama ada kaedah pemasangan yang digunakan adalah
betul, sila hubungi wakil penjual runcit yang membekal atau vendor profesional
yang telah memasang unit tersebut.
• Jangan letakkan sebarang bekas seperti pasu yang berisi air di atas unit. Ia
mungkin menyebabkan air memasuki unit tersebut dan merosakkan penebatan
elektrik, menyebabkan kejutan elektrik.
• Jangan gunakan untuk kegunaan khas seperti tempat simpanan untuk
makanan atau haiwan, atau untuk mempamerkan tumbuh-tumbuhan, peranti
kejituan, atau objek seni. Jangan gunakan di atas kapal atau kenderaan lain. Ia
mungkin menyebabkan kegagalan unit penyaman udara. Malahan, ia mungkin
merosakkan item ini.
• Jangan letakkan perkakas elektrik lain atau perabot di bawah unit. Titisan air
mungkin jatuh, menyebabkan kerosakan atau kegagalan.
• Apabila membersihkan, anda mesti hentikan operasi unit dan matikan pemutus
litar. Memandangkan kipas di dalam mungkin sedang berputar pada kelajuan
tinggi, ia boleh menyebabkan kecederaan.
• Jangan bersihkan unit penyaman udara dengan air. Ia mungkin menyebabkan
kejutan elektrik.
• Selepas panel hadapan/penapis udara dibersihkan, lapkan sebarang air dan
biarkannya untuk kering. Jika air kekal, ia mungkin menyebabkan kejutan
elektrik.
• Sebaik panel hadapan dibuka, jangan sentuh bahagian logam unit. Ia boleh
menyebabkan kecederaan.
• Jangan sentuh bahagian saluran masuk udara atau sirip aluminium unit. Ia
boleh menyebabkan kecederaan.
• Apabila anda mendengar guruh dan mungkin terdapat kilat, hentikan
operasi unit dan putuskan pemutus litar. Jika terdapat panahan kilat, ia boleh
menyebabkan kegagalan.
• Bateri untuk unit kawalan jauh:
- Patut dimasukkan dengan kekutuban yang betuk (+) dan (–).
- Tidak harus dicas semula.
- Jangan gunakan bateri dengan "Tempoh penggunaan yang disyorkan" telah
tamat.
- Jangan simpan bateri yang telah digunakan di dalam unit kawalan jauh.
- Jangan campur bateri berlainan jenis, atau campur bateri baru dengan yang lama.
- Jangan pateri terus ke bateri.
- Jangan litar pintas, nyahpasang, panaskan, atau buang bateri ke dalam api.
Jika bateri tidak dibuang dengan betul, ia mungkin meletus atau menjadi
penyebab kebocoran cecair, yang menyebabkan kebakaran dan kecederaan.
Jika menyentuh cecair tersebut, cuci dengan bersih dengan air. Jika ia
menyentuh peranti, lapkannya untuk mengelakkan sentuhan terus.
- Jangan letakkan berdekatan capaian kanak-kanak kecil. Jika tertelan bateri,
hubungi doktor dengan segera.
Pengilang tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakan yang disebabkan
atas sebab tidak mematuhi penerangan dalam manual ini.
EN
MA
MA
MA
DE
PT
PL
CZ
RU
CR
HU
TR
NL
GR
SV
FI
NO
DK
RO
BG
EE
LV
SK
SI
05/31/12 11:04 AM
05/31/12 11:04 AM

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Ras-24n3kcv serieRas-22n3acv serieRas-24n3acv serie

Tabla de contenido