Peringatan Untuk Keselamatan - Toshiba RAS-M22NKCV Serie Manual De Instalación

Tabla de contenido

Publicidad

Kord bekalan kuasa bagi bahagian-bahagian alatan untuk kegunaan di luar rumah hendaklah sekurang-kurangnya jenis kord mudah lentur
polikloroprin bersarung (reka bentuk H07RN-F), atau kord bertanda 245 IEC66 (1.5 mm
pendawaian negara.)
AWAS
Pemasangan alat penyaman udara dengan bahan pendingin baru
ALAT PENYAMAN UDARA INI MENGGUNAKAN BAHAN PENDINGIN HFC BARU.
(R410A) YANG TIDAK MEMUSNAHKAN LAPISAN OZON. Bahan pendingin R410A mudah terkena kotoran seperti air, membran pengoksida, dan
minyak kerana tekanan bahan pendingin R410A adalah kira-kira1.6 kali bahan pendingin R22. Selain menggunakan bahan pendingin baru ini,
minyak mesin penyejuk juga telah ditukar. Jadi, semasa kerja pemasangan, pastikan air, habuk, bahan pendingin yang dahulu, atau minyak mesin
penyejuk tidak memasuki kitar penyejukan alat penyaman udara yang menggunakan bahan pendingin baru.
Untuk mengelakkan bahan pendingin dan minyak mesin penyejuk bercampur, saiz pada unit utama adalah berbeza daripada saiz untuk bahan
pendingin konvensionalon dan alat saiz berlainan juga diperlukan. Untuk paip penyambung, gunakan bahan saluran paip yang baru dan bersih
dan tahan tekanan tinggi, yang direka khusus untuk R410A sahaja, dan pastikan ia tidak dimasuki air atau habuk. Jangan gunakan sebarang
paip yang sedia ada kerana ia mungkin tidak mampu menahan tekanan dan mungkin mengandungi kotoran.
AWAS
Untuk memutuskan sambungan perkakas dari bekalan kuasa utama
Alat penyaman udara ini mestilah disambungkan pada bekalan kuasa utama dengan menggunakan pemutus litar atau suis yang mempunyai
pemisahan sentuh sekurang-kurangnya 3 mm pada semua kutub. Fius pemasangan (25A) mesti digunakan untuk talian bekalan kuasa alat
penyaman udara ini.
BAHAYA
UNTUK DIKENDALIKAN OLEH ORANG YANG BERTAULIAH SAHAJA.
TUTUP BEKALAN KUASA UTAMA SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG KERJA ELEKTRIK. PASTIKAN SEMUA SUIS KUASA TELAH
DITUTUP. KEGAGALAN BERBUAT DEMIKIAN BOLEH MENYEBABKAN RENJATAN ELEKTRIK.
SAMBUNGKAN KABEL SAMBUNGAN DENGAN BETUL. JIKA KABEL SAMBUNGAN DISAMBUNG DENGAN SALAH, BAHAGIAN-BAHAGIAN
DALAMAN ELEKTRIK BOLEH MENJADI ROSAK.
PASTIKAN WAYAR BUMI TIDAK PUTUS ATAU TERTANGGAL SEBELUM MEMASANG ALAT INI.
JANGAN PASANG DEKAT DENGAN TEMPA T YANG ADA TUMPUAN GAS ATAU WAP GAS YANG MUDAH TERBAKAR.
KEGAGALAN MENGIKUT ARAHAN INI BOLEH MENYEBABKAN KEBAKARAN ATAU LETUPAN.
UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA BERLAKU PEMANASAN LAMPAU TERHADAP UNIT DALAM RUMAH DAN MENYEBABKAN BAHAYA
KEBAKARAN, LETAKKAN UNIT TERSEBUT JAUH (MELEBIHI 2 M) DARI SUMBER-SUMBER HABA/KEPANASAN SEPERTI RADIATOR,
ALAT PEMANAS, RELAU, DAPUR, DLL.
APABILA HENDAK MENGALIHKAN ALAT PENYAMAN UDARA INI UNTUK DIPASANG DI TEMPAT LAIN, BERHATI-HATILAH SUPAYA BAHAN
PENDINGIN YANG TELAH DISEBUTKAN (R410A) SERTA BAHAN-BAHAN GAS LAIN TIDAK MASUK KE DALAM KITAR PENDINGINAN.
JIKA UDARA AT AU GAS LAIN BERCAMPUR DI DALAM BAHAN PENDINGIN,TEKANAN GAS DALAM KITAR PENDINGINAN MENJADI
TERLAMPAU TINGGI DAN BOLEH MEYEBABKAN PAIP PECAH DAN MENGAKIBATKAN KECEDERAAN.
JIKA BERLAKU KEBOCORAN GAS PENDINGIN DARI PAIP SEMASA PEMASANGAN, LALUKAN UDARA SEGAR KE DALAM BILIK
DENGAN SEGERA. JIKA GAS PENDINGIN DIPANASKAN OLEH API ATAU SEBAGAINYA, IA BOLEH MENGHASILKAN GAS BERACUN.
AMARAN
Jangan sekali-kali mengubahsuai alat ini dengan menanggalkan mana-mana adang keselamatannya atau dengan memintas mana-mana suis
saling kunci keselamatannya.
Jangan pasang alat ini di tempat yang tidak mampu menanggung beratnya.
Kecederaan diri atau kerosakan kepada harta benda boleh berlaku sekiranya alat ini jatuh.
Sebelum melakukan sebarang kerja elektrik, pasangkan palam yang dibenarkan kepada wayar bekalan kuasa.
Pastikan juga yang alat tersebut dibumikan dengan betul dan sewajarnya.
Alat ini hendaklah dipasang menurut peraturan-peraturan pendawaian negara.
Jika terdapat sebarang kerosakan, jangan pasang alat ini. Hubungi wakil penjual TOSHIBA dengan segera.
AWAS
Jika unit tersebut terdedah kepada air atau lembapan lain sebelum unit itu dipasang, berkemungkinan akan berlaku kejutan elektrik.
Jangan simpan di tempat yang lembap atau terdedah kepada hujan atau air.
Setelah alat ini dikeluarkan daripada kotaknya, periksa dengan teliti sama ada terdapat sebarang kerosakan atau tidak.
Jangan pasang di tempat yang boleh meningkatkan gegarannya. Jangan pasang di tempat di mana aras hingar unit berkenaan akan
bertambah kuat atau di mana bunyi hingar dan udara buangan mungkin mengganggu para jiran.
Untuk mengelakkan kecederaan, berhati-hati semasa mengendali bahagian-bahagian yang tajam.
Sila baca buku panduan pemasangan ini dengan teliti sebelum memasang alat ini. Buku ini mengandungi arahan-arahan penting untuk
pemasangan yang betul.
KEPERLUAN MEMBUAT LAPORAN KEPADA PEMBEKAL KUASA TEMPATAN
Sila pastikan betul-betul yang pemasangan peralatan ini dilaporkan kepada pembekal kuasa tempatan sebelum pemasangan dijalankan.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah, atau jika pemasangan berkenaan tidak diterima oleh pembekal tersebut, agensi perkhidmatan
berkenaan akan dapat mengambil langkah balas.
Catatan berkaitan EMC Directive 89/336/EEC
Untuk mengelakkan kesan kerlipan semasa permulaan operasi pemampat (proses teknikal) syarat-syarat pemasangan berikut adalah terpakai.
1. Sambungan kuasa bagi alat penyaman udara ini hendaklah dibuat pada bekalan kuasa utama. Pengagihan ini perlulah mempunyai impedans
tertentu. Biasanya, impedans yang diperlukan adalah dicapai pada titik lakur 32A. Fius alat penyaman udara adalah 16A maksimumnya.!

PERINGATAN UNTUK KESELAMATAN

Untuk kegunaan umum
2
 atau lebih). (Hendaklah dipasang menurut peraturan
U
Y
A
L
E
M
A
S
A
H
A
B

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido