Bahasa Melayu - Philips HD2636 Manual

Ocultar thumbs Ver también para HD2636:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 10

BaHasa MElayu

28
awas
-
Jangan biarkan kord sesalur utama tergantung dari tepi meja atau permukaan ruang kerja tempat
perkakas itu diletakkan.
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian logam pembakar, kerana ia menjadi sengat panas semasa
membakar. Hanya sentuh alat kawalannya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Pembakar ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja dan hanya boleh digunakan di
dalam rumah. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan komersial atau industri.
-
Jika kepingan roti terlekat di dalam pembakar, cabut plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk
sebelum mencuba untuk mengeluarkan roti. Jangan gunakan pisau atau alat tajam, kerana ini
boleh merosakkan unsur pemanas.
-
Rak pemanasan hanya dimaksudkan untuk memanaskan ban atau kroisan. Jangan letakkan apa-
apa ramuan lain di atas rak pemanasan, kerana ini boleh menimbulkan situasi berbaya.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Menggunakan perkakas
1
Sebelum penggunaan pertama, tanggalkan sebarang pelekat daripada perkakas. Kemudian
biarkan perkakas menjalankan beberapa kitaran lengkap pembakaran tanpa kepingan roti pada
seting pemerangan tertinggi di dalam bilik yang diudarakan bagi mencegah bau kurang enak
apabila membakar roti.
2
Masukkan satu atau dua keping roti ke dalam pembakar (Gamb. 2).
3
Pilih seting pemerangan yang dikehendaki. (Gamb. 3)
4
Tekan tuil pembakar untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 4)
-
Untuk membakar roti yang sejuk beku, tolak tuil pembakar ke bawah lalu tekan butang nyahfros
Ñ. (Gamb. 5)
-
Untuk memanaskan semula roti yang telah dibakar tanpa menjadikannya lebih perang, tekan tuil
pembakar ke bawah lalu tekan butang pemanasan semula . (Gamb. 6)
Memanaskan ban dan kroisan
1
Tolak turun tuil rak pemanasan untuk membuka rak pemanasan (Gamb. 7).
Jangan sekali-kali letakkan ban yang hendak dipanaskan langsung di atas slot pembakar.
2
Tekan tuil pembakar ke bawah lalu tekan butang pemanas ó. (Gamb. 8)
pembersihan
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
1
Tanggalkan plag perkakas, biarkannya menjadi sejuk dan bersihkannya dengan kain yang
lembap.
2
Untuk mengeluarkan serdak, luncurkan bekas serdak keluar daripada perkakas dan
kosongkannya (Gamb. 9).
Jangan terbalikkan perkakas dan jangan goncangkannya untuk mengeluarkan serdak.

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Tabla de contenido