perihalan umum (gamb. 1)
a Bekas pulpa
B Penolak
C Tiub suapan
d Tudung
E Saring
F Pengumpul jus
g Muncung
H Kemudahan penyimpanan kord
i
Aci pemacu
J
Penyelak
k Suis hidup/mati
l Unit motor
Bersedia untuk menggunakannya
1
Basuh semua bahagian boleh cerai (lihat bab 'Membersihkan').
2
Untuk melaraskan panjang kord sesalur kuasa, tolak kord sesalur kuasa di dalam unit utama
ke dalam kemudahan penyimpanan kord (Gamb. 2).
3
Tolak muncung ke dalam pengumpul pulpa ('klik'). (Gamb. 3)
4
Letakkan pengumpul jus pada unit motor (Gamb. 4).
Periksa penuras setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa keretakan atau
kerosakan, jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa
perkakas ke wakil pengedar anda.
5
Letakkan penyaring di dalam pengumpul pulpa. (Gamb. 5)
6
Sambungkan bekas pulpa kepada unit motor. Anda akan terdengar bunyi klik apabila
ia terkunci pada kedudukan yang betul (Gamb. 6).
7
Letak penutup pada pengumpul jus (Gamb. 7).
Pastikan cangkuk pada penutup muat ke dalam lubang pada pengumpul jus.
8
Ketapkan penyelak pada tudung untuk mengunci tudung dan pengumpul jus pada tempatnya
('klik') (Gamb. 8).
9
Letakkan gelas di bawah muncung.
10
Masukkan plag utama ke dalam soket dinding.
Menggunakan perkakas
Perkakas ini hanya berfungsi jika semua bahagian dipasang dengan betul dan tudungnya dikunci
dengan betul pada tempatnya bersama penyelak.
1
Basuh buah-buahan dan/atau sayuran dan potongkan kepada bahagian-bahagian yang dapat
muat ke dalam tiub suapan. (Gamb. 9)
2
Tekan suis hidup/mati untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 10)
3
Masukkan bahan yang telah dipotong ke dalam tiub suapan dan tekan perlahan-lahan ke bawah
ke arah penyaring yang berputar dengan menggunakan penolak (Gamb. 11).
Jangan tekan penolak dengan terlalu kuat, kerana ini boleh menjejaskan mutu hasil akhir. Malah boleh
juga menyebabkan penuras terhenti.
Jangan masukkan jari-jari atau objek ke dalam tiub suapan.
All manuals and user guides at all-guides.com
BaHasa MElayu
27