Philips HR1810 Manual De Instrucciones página 28

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 10
BaHasa MElayu
28
Setelah anda memproses kesemua bahan dan aliran jus ke dalam gelas telah berhenti,
matikan perkakas dan tunggu sehingga penyaring berhenti berputar.
Jangan biarkan perkakas berjalan melebihi 2 minit tanpa henti. Jika anda belum selesai memerah
jus, matikan perkakas dan biarkan ia menjadi sejuk hingga ke suhu bilik sebelum anda meneruskan
memerah jus.
petua
-
Gunakan buah-buahan dan sayuran segar kerana kandungan jusnya lebih banyak. Nanas, ubi bit,
batang saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, oren dan anggur sangat sesuai
untuk diproses di dalam pemerah jus.
-
Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kulit tebal, contohnya kulit buah oren,
nanas dan akar manis yang tidak dimasak perlu dikupas. Empulur putih buah-buahan sitrus juga
perlu dikupas kerana rasanya pahit.
-
Jika anda hendak memerah jus buah-buahan yang mempunyai biji yang besar, keluarkan bijinya
sebelum memerah jusnya.
-
Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang
anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang
menghasilkan jenis jus yang anda suka.
-
Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
-
Buah-buahan yang mengandungi kanji, seperti pisang, betik, avokado, buah tin dan mangga tidak
sesuai untuk diproses di dalam pemerah jus. Gunakan pemproses makanan, pengisar atau
pengisar tangan untuk memproses buah-buahan ini.
-
Dedaun dan batang dedaun salad, contohnya, juga oleh diproses di dalam pemerah jus.
-
Minum jus serta-merta selepas diperah. Jika ia didedahkan kepada udara untuk beberapa waktu,
jus akan kehilangan rasa dan nilai pemakanannya.
Resipi jus halia
1
Kisar 60g halia selama 10 saat untuk mendapatkan jus. Anda perlu menggunakan daya tekanan
yang lebih tinggi (sehingga 2kg) pada penolak.
Petua: Jika anda hendak menggunakan jus halia lebih kerap lagi untuk memperisakan jus buatan sendiri
anda, anda boleh menyediakannya terlebih dahulu. Anda boleh menyimpan jus halia dalam balang yang
ditutup ketat di dalam peti sejuk selama satu minggu.
pembersihan
Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan segera selepas
digunakan.
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Semua bahagian, kecuali unit motor boleh dibersihkan dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
1
Matikan perkakas dan putuskan sambungannya dari sesalur kuasa sebelum anda menukar
aksesori atau mendekati bahagian-bahagian yang bergerak semasa penggunaan (cth.penyaring).
2
Keluarkan bahagian yang kotor dari unit motor.
3
Bersihkan semua bahagian kecuali unit motor dengan air suam bercampur sedikit cecair
pencuci pinggan mangkuk, dan bilaskannya di bawah air mengalir.
4
Bersihkan unit motor dengan kain lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.
All manuals and user guides at all-guides.com

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Hr1810/70

Tabla de contenido