Descargar Imprimir esta página

IKEA SOMRIG Manual Del Usuario página 21

Ocultar thumbs Ver también para SOMRIG:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 6
Penjagaan bateri
Apabila bateri lemah, cahaya LED
merah akan berkedip-kedip apabila
mana-mana butang ditekan.
Pengguna hab DIRIGERA dan aplikasi
IKEA Home smart boleh melihat status
bateri dalam aplikasi dan menerima
pemberitahuan apabila bateri mula
lemah.
Menukar bateri
Buka kompartmen bateri
menggunakan objek rata dan
gantikan bateri dengan AAA/HR03
baharu.
Maklumat keselamatan
Amaran!
Risiko letupan sekiranya bateri diganti
dengan jenis bsteri yang tidak betul.
Lupus bateri yang terpakai mengikut
arahan WEEE pada akhir dokumen ini.
Penting
• Produk ini hanya untuk kegunaan
dalam bangunan dan boleh
digunakan pada suhu daripada 0℃
hingga 40℃ (32°F hingga 104°F).
• Jangan biarkan produk di bawah
cahaya matahari langsung atau
berhampiran sumber haba, kerana
ia boleh menjadi terlebih panas.
• Bahan binaan dan lokasi produk
yang berbeza-beza boleh
mempengaruhi jarak sambungan
tanpa wayar.
Arahan penjagaan
Untuk membersihkan alat kawalan
jauh, lap dengan kain lembut yang
dilembapkan dengan sedikit serbuk
pencuci yang tidak begitu kuat.
Gunakan kain lain yang lembut dan
kering untuk mengelap sehingga
kering.
Nota!
Jangan sekali-kali menggunakan
bahan cuci pelelas atau pelarut kimia
kerana ini boleh merosakkan produk.
Jenis bateri yang disyorkan:
1 x IKEA LADDA 900 (AAA/HR03, 1.2V,
900mAh, Ni-MH) (tidak disertakan)
Data teknikal
Model: butang pintasan SOMRIG
Jenis: E2213
Input: Bateri 1.2 V, 1x AAA/HR03
LADDA
Julat: 10 m di tempat terbuka.
Hanya untuk kegunaan di dalam
bangunan
Frekuensi kendalian: 2405-2480 MHz
Kuasa output: 3 dBm (EIRP)
Kelas IP: IP44
Pengilang: IKEA of Sweden AB
Alamat: Box 702, SE-343 81 Älmhult,
SWEDEN
Simbol roda berpangkah
menunjukkan item ini harus
dilupuskan berasingan daripada
bahan buangan isi rumah. Item
ini sepatutnya diserahkan untuk
dikitar semula selaras dengan
peraturan alam sekitar tempatan
untuk pelupusan sampah. Dengan
mengasingkan item bertanda
daripada bahan buangan isi rumah,
anda akan membantu mengurangkan
jumlah bunagan yang dihantar ke
tapak pelupusan dan meminimumkan
kesan negatif yang berpotensi ke atas
kesihatan manusia serta alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, hubungi
gedung IKEA anda.
21

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

905.603.46