Nota: Modul aqua tidak sesuai untuk lantai lembut seperti permaidani.
Awas: Modul aqua tidak boleh digunakan untuk mengaup
lopak air.
Petua dan maklumat penting yang lain
-
Tidak perlu memvakum lantai sebelum mengemop kerana set Vakum & Mop
akan membersihkan lantai keras anda secara aktif untuk menangkap semua
jenis habuk, termasuk cecair dan kesan kotoran. Gunakan set Vakum sahaja
pada permaidani dan ambal.
-
Perkakas ini boleh meninggalkan lopak kecil air di atas lantai jika anda tidak
menggerakkan perkakas semasa mematikannya. Anda boleh mengurangkan
saiz lopak tersebut dengan menggerakkan perkakas ini semasa
mematikannya. Jika perlu, anda boleh mengelap titisan terakhir dengan kain.
Sekatan penggunaan
-
Set Vakum & Mop ini sesuai untuk pemvakuman dan pengelapan semua jenis
lantai keras, kecuali lantai kayu tidak bersalut.
-
Set Vakum & Mop bertujuan untuk pembersihan biasa lantai keras. Sentiasa
ikuti arahan pembersihan untuk lantai keras anda apabila anda
menggunakan perkakas ini.
-
Jika anda ingin menambah pembersih lantai cecair selain Pembersih Lantai
Philips XV1792 ke dalam air di dalam tangki air bersih, pastikan anda
menggunakan pembersih lantai cecair kurang buih atau tidak berbuih yang
boleh dicairkan dalam air seperti Pembersih Lantai Philips XV1792.
-
Oleh sebab tangki air bersih mempunyai kapasiti sebanyak 250ml, anda
hanya perlu menambah beberapa titis (maksimum 10ml) pembersih lantai
cecair ke dalam air.
-
Jika anda menggunakan set Vakum & Mop pada lantai linoleum, hanya
lakukan demikian pada lantai linoleum yang dilekatkan dengan betul untuk
mencegah linoleum daripada ditarik ke dalam muncung.
-
Jika anda menggerakkan/mengangkat perkakas di atas permaidani atau
ambal semasa perkakas dimatikan, titisan air sisa mungkin akan terjatuh ke
atas permaidani atau ambal anda.
Bahasa Melayu
75