Servis
Mesin AirMini dibuat untuk menyediakan pengendalian yang selamat
dan boleh dipercayai apabila dikendalikan menurut arahan yang diberi
oleh ResMed. ResMed mengesyorkan mesin AirMini diperiksa dan
diservis oleh Pusat Servis ResMed yang sah jika ada sebarang tanda
haus atau kebimbangan tentang fungsi peranti. Jika tidak, servis dan
pemeriksaan produk secara umumnya tidak diperlukan semasa hayat
reka bentuknya.
Waranti terhad
ResMed Ltd (selepas ini disebut 'ResMed') menjamin yang produk
ResMed anda sepatutnya tiada kerosakan pada bahan dan buatannya
daripada tarikh belian untuk tempoh yang dinyatakan di bawah.
Produk
• Sistem topeng (merangkumi kerangka topeng, kusyen,
penutup kepala dan tiub) tidak merangkumi peranti
guna sekali
• Aksesori tidak merangkumi peranti guna sekali
• Bateri untuk penggunaan dalam sistem dalaman dan
luaran ResMed
• Mesin CPAP (merangkumi unit bekalan kuasa luaran)
Waranti ini hanya disediakan untuk pelanggan asal. Ia tidak boleh
dipindahkan.
Jika produk gagal dalam keadaan penggunaan biasa, ResMed akan
membaiki atau mengganti produk yang rosak atau sebarang
komponennya, mengikut pilihan syarikat.
Waranti Terhad ini tidak merangkumi: a) sebarang kerosakan akibat
penggunaan yang tidak betul, penyalahgunaan, pengubahsuaian atau
perubahan pada produk; b) kerja pembaikan dijalankan oleh sebarang
organisasi servis yang belum disahkan dengan jelas oleh ResMed untuk
melaksanakan kerja pembaikan sedemikian; dan c) sebarang kerosakan
atau pencemaran disebabkan oleh asap rokok, paip, cerut atau sebarang
jenis asap yang lain.
Tempoh waranti
90 hari
6 bulan
2 tahun
Bahasa Melayu
31