BAHASA MALAYSIA
Permukaan kerja buatan kayu oak dengan
kandungan lembapan 7-9%. Ini ialah
kandungan kelembapan yang sesuai
pada permukaan atas kerja di kawasan
yang bersuhu dan tahap kelembapannya
normal. Oleh kerana permukaan ialah
produk semulajadi yang bergerak mengikut
variasi kelembapan sepanjang tahun,lama-
kelamaan ia mungkin meleding sedikit.
Ini boleh dicegah, sebenarnya, jika anda
mengikuti arahan pemasangan dan
penjagaan di bawah.
1. Jangan buka pembungkusan plastik
sehingga bahagian atas meja dipasang.
Sebelum dipasang, bahagian atas meja
perlu disimpan pada suhu bilik biasa
(lebih kurang 20ºC) dan kelembapan
relatif. Jangan letakan bahagian atas
meja berdekatan radiator panas atau
atas lantai sejuk.
2. Bahagian atas meja ini pernah dirawat
dengan minyak sekali semasa di
kilang. Selepas memasang, empelas
bahagian atas meja mengikut ira kayu
menggunakan kertas pasir halus.
Sapukan lapisan nipis minyak rawatan
kayu BEHANDLA. Tunggu sehingga lebih
kurang 15-20 minit untuk membolehkan
minyak meresap ke dalam kayu. Lap
baki minyak dengan kain atau kertas
tisu dapur. Minggu pertama selepas
memasang, rawatan bahagian atas
meja dengan minyak setiap dua hari
dan selepas itu setiap tiga hari sehingga
permukaan tepu (ini akan mengambil
lebih kurang 2 bulan). Untuk permukaan
bahagian atas meja agar lebih tahan
lasak, ia patut dirawat dengan minyak
rawatan kayu BEHANDLA 3-5 kali
setahun jika perlu. Bahagian yang
berdekatan dengan sinki atau dapur
mudah kering dan patut dirawat lebih
kerap dengan minyak.
3. Calar dan impak yang sedikit boleh
dihilangkan dengan mengempelas
menggunakan kertas pasir K 180
yang tertera pada blok mengempelas.
Sentiasa empelas mengikut ira. Untuk
cucian harian, gunakan sabun lembut
dan air. Jangan gunakan pengosok
periuk atau sebarang jenis kimia pada
bahagian atas meja. Bahagian atas
meja yang dipasang pada bahagian atas
mesin basuh pinggan mangkuk atau
ketuhar patut dilindungi dengan penebat
kalis resapan dan/atau lapisan plastik.
Peralatan dapur dll. yang diperbuat daripada
besi tuang mungkin akan meninggalkan
tanda hitam pada bahagian atas bahagian
atas kerja. Ini adalah disebabkan oleh
asid tanin yang terkandung dalam kayu
oak bertindak balas dengan besi. Oleh itu,
jangan letak besi tuang yang basah terus
ke atas bahagian atas meja kerja. Gunakan
pengalas periuk. Kerosakan yang sedikit
boleh diperbaiki dengan mengempelas
menggunakan kertas pasir halus mengikut
ira kayu. Kemudian sapukan minyak pada
permukaan.
NOTA! Cuci berus yang telah digunakan
dengan air, rendam kain yang telah
digunakan dalam air atau bakar dengan
seliaan teliti untuk mengelakan risiko
tercetusnya kebakaran spontan.
37