Philips HD2648/20 Manual De Instrucciones página 27

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 10
awas
-
Elakkan daripada menyentuh bahagian-bahagian logam pembakar roti kerana ia menjadi sangat
panas semasa pembakaran dijalankan. Sentuh hanya kawalan dan angkat perkakas dengan
memegang jasad plastiknya.
-
Jangan letak pembakar di atas permukaan panas.
-
Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
-
Pembakar ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja dan hanya boleh digunakan di
dalam rumah. Ia tidak dimaksudkan untuk penggunaan komersial atau industri.
-
Jika kepingan roti terlekat di dalam pembakar, cabut plag perkakas dan biarkan sehingga sejuk
sebelum mencuba untuk mengeluarkan roti. Jangan gunakan pisau atau alat tajam, kerana ini
boleh merosakkan unsur pemanas.
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
sebelum penggunaan pertama
Tanggalkan apa-apa pelekat dan lap jasad pembakar dengan kain lembap.
Sebelum menggunakan perkakas pada kali pertama, kami menasihatkan anda supaya menjalankan
beberapa kitaran pembakaran tanpa kepingan roti pada seting pemerangan tertinggi di dalam bilik
yang diudarakan. Ini akan membakar apa-apa habuk yang mungkin terkumpul pada unsur pemanas
dan mencegah bau kurang enak apabila membakar roti.
Menggunakan perkakas
1
Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata, jauh dari langsir dan apa jua bahan
lain yang mudah terbakar.

Untuk melaraskan panjang kord, lilitkan sebahagian daripadanya di sekeliling pendakap pada
tapak perkakas (Gamb. 2).

Pasangkan plag di soket dinding.
Membakar roti
Jangan sekali-kali biarkan perkakas berfungsi tanpa dijaga.
1
Masukkan satu hingga empat keping roti ke dalam pembakar (Gamb. 3).
Petua: Untuk hasil pembakaran yang terbaik, sentiasa masukkan kepingan di tengah-tengah slot.

Pilih seting pemerangan yang dikehendaki. (Gamb. 4)
-
Pilih seting yang rendah (1-2) bagi roti yang dibakar ringan dan seting yang tinggi (5-7) bagi roti
yang lebih dibakar lebih gelap.
-
Jika anda hanya membakar satu atau dua keping roti, tetapkan seting pemerangan yang
dikehendaki pada sisi pembakar roti yang anda masukkan kepingan roti. Jika anda membakar tiga
atau empat keping roti, tetapkan seting pemerangan yang dikehendaki bagi kedua-dua sisi
perkakas.

Tekan tuil pembakar ke bawah untuk menghidupkan perkakas. (Gamb. 5)
-
Jika anda hanya membakar satu atau dua keping roti, tolak tuil pembakar pada sisi pembakar roti
yang anda masukkan kepingan roti. Jika anda membakar tiga atau empat keping roti, tolak kedua-
dua tuil pembakar ke bawah.
-
Tuil pembakar akan hanya tetap di bawah apabila perkakas disambungkan ke sesalur kuasa.
Butang henti menyala (Gamb. 6).
,
BaHasa MElayu


Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido