alam sekitar
-
Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 10).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati
laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan anda.
Menyelesaikan masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi dengan perkakas
ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan
Pelanggan di negara anda.
Masalah
Perkakas tidak
berfungsi.
Roti terlekat di dalam
perkakas.
Roti bakar terlalu
gelap/cerah.
Asap keluar dari
pembakar.
Kord sesalur rosak.
Roti meloncat naik
hampir serta merta
tanpa dibakar
Penyelesaian
Pastikan plag dimasukkan dengan betul ke dalam soket dinding.
Jika pembakar masih tidak berfungsi, bawa ke pusat servis yang disahkan
oleh Philips untuk diperiksa.
Cabut plag perkakas dan biarkan ia menjadi sejuk. Keluarkan kepingan
roti daripada pembakar dengan teliti. Berhati-hati supaya tidak
merosakkan unsur pemanas semasa mengeluarkan kepingan roti. Jangan
sekali-kali gunakan objek logam bagi tujuan ini.
Periksa seting pemerangan yang dipilih bagi pembakaran. Pilih seting yang
lebih rendah pada kali berikutnya jika roti bakar terlalu gelap dan seting
yang lebih tinggi jika roti bakar terlalu cerah.
Anda telah memilih seting terlalu tinggi bagi jenis roti yang dimasukkan.
Tekan butang henti untuk menghentikan proses pembakaran.
Jika kord sesalur kuasa perkakas menjadi rosak, ia mesti digantikan oleh
Philips, atau pusat servis yang disahkan oleh Philips, atau orang dengan
kelayakan seumpamanya, untuk mengelakkan bahaya.
Pastikan anda menolak tuil pembakar ke bawah sepenuhnya. Jika roti
tidak tetap di bawah, bawa perkakas ke pusat perkhidmatan yang
disahkan oleh Philips untuk diperiksa.
BaHasa MElayu
29