penting
Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
-
Jangan sekali-kali sedut air atau apa-apa cecair lain. Jangan sekali-kali
sedut bahan mudah bakar dan jangan sedut abu sehingga ia telah
sejuk.
-
Jangan tenggelamkan pembersih vakum, pengecas atau palam
penyesuai ke dalam air atau sebarang cecair lain.
amaran
-
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan
dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
-
Jangan gunakan pembersih vakum, pengecas atau palam penyesuai jika
ia rosak.
-
Jangan gunakan perkakas jika ia rosak dalam apa cara sekalipun.
Bawalah ia ke pusat servis Philips yang disahkan untuk dibaiki.
-
Jika palam penyesuai atau pengecas rosak, sentiasa gantikan dengan
jenis yang tulen bagi mengelakkan bahaya.
-
FC6093 sahaja: jika kord kereta atau palam kereta rosak, berhenti
menggunakan kord kereta dan gantikannya dengan jenis yang tulen.
-
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
-
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
awas
-
Keluarkan penyesuai dari soket dinding sebelum anda membersihkan
pengecas.
-
Hanya cas pembersih vakum dengan penyesuai dan pengecas yang
disediakan. Semasa pengecasan, penyesuai terasa panas apabila
disentuh. Ini adalah biasa.
All manuals and user guides at all-guides.com
Bahasa MElayu