Philips FC8148 Manual De Instrucciones página 38

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 12
Bahasa MElayu
38
Muncung gabungan
Anda boleh menggunakan muncung gabungan pada permaidani (dengan jalur berus dilipat ke dalam)
atau pada lantai keras (dengan jalur berus dilipat ke luar).
-
Untuk membersihkan lantai keras, tolak suis rocker pada bahagian atas muncung gabungan
menggunakan kaki anda agar jalur berus keluar daripada perumah muncung. (Gamb. 6)
-
Untuk membersihkan permaidani, tolak suis rocker pada sebelah yang satu lagi agar jalur berus
hilang ke dalam perumah. (Gamb. 7)
Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)
-
Muncung lantai keras telah direka bentuk untuk pembersihan lembut lantai keras (Gamb. 8).
pemegang aksesori
Anda boleh menyimpan dua aksesori di dalam pemegang aksesori sekali gus.
1
Sambungkan pemegang aksesori kepada tiub (1) dan kemudian sambungkan hos kepada
pemegang aksesori (2) (Gamb. 9).
2
Untuk menyimpan aksesori di dalam pemegang aksesori, tolak ia ke atas
pemegang (Gamb. 10).
Muncung ceruk, muncung kecil dan muncung berus
1
Sambungkan muncung ceruk, muncung kecil atau berus kecil kepada gegenggam tangan pada
hos atau kepada tiub. Untuk melakukannya, masukkan gegenggam tangan atau tiub ke dalam
aksesori sambil memusingkannya sedikit. (Gamb. 11)
-
Gunakan muncung ceruk untuk membersihkan sudut yang sempit atau kawasan yang sukar
dicapai.
-
Gunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat duduk pada
kerusi dan sofa.
-
Gunakan berus kecil untuk membersihkan komputer, rak buku dsb.
Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)
Berus turbo mini direka bentuk khusus untuk menangkap rambut dan bulu haiwan serta bulu
daripada perabot dan tilam. Berus unik di dalam berus turbo mini melonggarkan bulu tersebut
daripada kain agar ia dapat ditangkap oleh pembersih vakum. Berus turbo mini boleh dilekatkan pada
gegenggam tangan hos atau kepada tiub teleskop.
1
Untuk memasang berus turbo mini, masukkannya ke dalam gegenggam atau tiub teleskop
sambil memutarkannya sedikit.
2
Untuk menanggalkan berus turbo mini, tarik ia keluar daripada gegenggam atau tiub teleskop
sambil memutarkannya sedikit.
Menggunakan perkakas
pembersihan vakum
-
Anda boleh mengangkat pembersih vakum pada pemegangnya di bahagian
hadapan perkakas (Gamb. 12).
1
Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.
2
Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda untuk
menghidupkan perkakas. (Gamb. 13)
-
Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot penempatan
untuk menempatkan tiub pada kedudukan yang memudahkan (Gamb. 14).

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Fc8140

Tabla de contenido